Thursday, July 10, 2014

Resipi Kuih Bingka Labu Paling Mudah



Notes: Kuih bingka ni tak memerlukan oven untuk memasak dan tiada telur ayam diperlukan bagi penghasilannya

Bahan-Bahan

250gm labu-dikupas & rebus hingga empuk, kemudian dilenyek sehingga hancur
1/4 cawan gula (saya guna gula yang biasa digunakan untuk buat air manis seperti teh, milo etc)
1/2 cawan santan (tak kisah sama ada santan fresh atau santan kotak. Saya guna santan kotak)
3/4 cawan susu cair/sejat (kalau tiada, guna susu tepung je & bancuh SIKIT je dengan air panas untuk cairkan susu tepung tu)
1 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 cawan tepung gandum
1 sudu marjerin
1 pemanggang ajaib

Masa mula-mula buat kuih ni, saya tanya pada adik & emak saya, untuk measure (sukat) gula, santan, susu cair & tepung gandum tu kena guna cawan sebesar mana? Mereka hanya ketawa & cakap guna aje lah cawan mana mana pun yang ada kat dapur tu. Lol. So, saya guna cawan jenis yang biasa kita guna untuk minum/hidang teh pada tetamu bila diorang datang rumah beraya etc tu. Haha


Cara Memasak

1. Letak kesemua bahan yang telah dinyatakan di atas (kecuali labu yang telah direbus & dilenyek tadi) di dalam 1 bekas. Tak kisah lah bekas plastik or bekas besi. Kemudian, pukul hingga gula tu hancur dan sebati. Bahan-bahan lain pun perlu sebati jugak. Pastikan gula benar-benar dah hancur. Bagi mereka yang ada mesin pengadun, boleh lah guna kalau rasa tangan tidak mempunyai kuasa untuk memukul.

2. Kemudian, barulah dimasukkan labu yang telah direbus & dilenyek tu ke dalam adunan bahan-bahan lain tadi. Pukul sehingga sebati. Sekali lagi, anda boleh gunakan mesin pengadun jika anda tidak mahu mengadun bahan-bahan ini secara manual (iaitu dengan menggunakan tangan).

3. Apabila semua bahan dah sebati, masukkan adunan tersebut ke dalam pemanggang ajaib. Ratakan supaya tidak terlalu tebal dan tidak jugaklah terlalu nipis.

4. Nyalakan api dapur dalam api yang rendah/slow supaya kuih anda masak serata dan supaya tidak hangus.

5. Biarkan kuih masak di dalam pemanggang ajaib tu dalam tempoh 8-10 minit. Tempoh memasaknya sekejap aje.. Kemudian, anda kena terbalikkan pemanggang ajaib tu ke bahagian sebelah sana pulak supaya kuih masak serata di kedua dua belah (iaitu atas & bawah). Pastikan anda terbalikkan pemanggang tu dengan pantas supaya kuih bingka anda tidak cacat rupa bentuknya hehe.

6. Sekali lagi, biar kuih tu masak dalam 8-10 minit.