Friday, February 1, 2013

Simple and Monochrome. Comfort over 'Hurt'


I don't know what should I type as caption for this one haha. I suppose it should be
"What I wore today"
Sejak aku masuk usia pertengahan belia ni (tua) aku lebih suka pilih comfort berbanding 'hurt' dalam memilih pakaian harian bila keluar rumah untuk berjalan-jalan etc. Apa maksud 'hurt'? Ekekeke maksud dia, dulu-dulu time zaman muda sikit, aku suka pakai heels/kasut yang tumit tinggi tinggi, baju yang fancy-fancy yang sekarang tengah trend bagi muslimah-muslimah (contohnya skirt kembang, blouse yang fancy, ropol-ropol maybe?), dan tudung lilit lilit macam tudung Yuna, Hana Tajima berbagai.

Tapi, sejak bila entah, tetibe aku rasa rimas sangat dengan pakaian 'fancy' camtu. Aku akan rasa pening kepala bila pakai tudung berlilit bagai (maybe sebab kurang oksigen kot?). Aku tak nafikan, aku masih suka pakaian macam tu sampai sekarang sebab aku suka sangat bila nampak orang lain pakai. Nampak cool/cantik je. Tapi kalau bagi pada aku, aku tak pakai dah la sekarang. So instead, sekarang aku lebih selesa pakai tudung bawal (tudung tiga segi) tu je, selain baju/shirt yang simple dan skinny jeans.

Bab fitting pun aku dah tak berapa suka nak pakai yang terlalu ketat sangat dah, sebab aku rasa macam tak selesa kalau tetiba perut aku terkeluar tersembul nampak lemak-lemak semua tanpa disedari haha. Selain dari kalau lalu sebelah mat bangla kat stesen minyak then mat bangla tu akan tenung tenung aku sambil sengih-sengih. Aku akan rasa awkward sangat. So, aku pilih baju & seluar yang tak terlalu ketat. Tapi kalau belakang ko dah macam Kim Kardashian yang Paris Hilton duk kutuk kata macam cottage cheese inside a big trash bag, ko pakai ape pun, orang tetap akan tenung semacam jugak. Aku susah nak jumpa seluar yang boleh flattered  kaki aku since bahagian belakang a.k.a bontot aku besar :( kalau ada pun, kebanyakannya, everytime aku tengok, harga dia macam tak hengat.. So, tak jadi aku nak beli (・へ・)

Aku gemar sangat dengan warna hitam. Aku tak tau kenapa. Setiap kali aku nak beli warna lain yang terang benderang, mesti aku akan end up dengan warna hitam (╯°□°)╯︵┻━┻    *flips table*

Anyway, aku suka sangat tengok style artis Hollywood yang dorang pakai black leather jacket, plain shirt/tank top (biasanya kaler putih or gray) dengan black or gray skinny jeans. Omputeh kata, gaya ala rock chick. Lol. Artis-artis Hollywood yang aku nampak selalu pakai macam ni ialah Taylor Momsen, Lindsay Lohan & Nicole Richie. Dan kadangkala, Vanessa Hudgens. Aku rasa style ni sangat simple/senang untuk dipakai and at the same time, looks super nice (・◡・)

Tapi since cuaca kat Malaysia ni agak panas, aku try change leather jacket dengan something that looks almost similar & made out of cotton (besides, leather jacket sangat mahal. Tak mampu nak beli. Haha). Leather jacket jugak agak panas kalau nak bawak keluar pergi jalan-jalan contohnya kalau jalan dekat Chow Kit. Pasti semua mata akan memandang sebab ingat aku orang gile. Jadi, below are the list of things you'll need for the minah batu (rock chick) look:

Long sleeve shiny shirt that looks like a leather jacket from Mango

The buttons on the sleeve upon closer look

Tank top from Cotton On

Tudung bawal (Bawal hijab) that have these flowers like ribbon at the back. I simply
love this particular hijab because the detailing at the back. I think I've used this almost everyday

The cute brooch for hijab. The ribbon shape, the color and the polkadot is simply adorable
I forgot to mention/explain..dulu time zaman muda sikit, aku suka pakai kasut yang bertumit tinggi. Be it stilettos or wedges. Aku memang akan pakai dari pagi sampaila malam jika time kuar tu pagi dan balik malam. Tapi sekarang aku cuba jugak buat macam tu tapi tak sampai berapa minit lepas tu, setelah kaki mula rasa macam sengal atau melecet, aku akan rasa fed up dan terus rasa macam nak tukar kepada kasut yang lebih rata/flats. Kalau takde kasut yang rata/flats time tu, dan dan je aku rase aku nak beli 1 kasut yang lebih rata tapaknya/flats time tu jugak. Or aku akan duduk je diam diam dalam kete sebab kaki sakit. Oleh sebab nak mengelakkan diri aku dari membazir beli benda (kasut rata/flats) yang tak sepatutnya selain untuk mengelakkan dari sesiapa membebel kat aku sebab membazir beli benda yang tak diperlukan, aku lebih rela pakai kasut/sandal yang comfy awal awal dari rumah. Hehe. Atau aku akan bawak 1 lagi pasang kasut & letak dalam kereta (kasut tinggi yang aku nak pakai tu la). So bila kaki dah penat/sakit, aku boleh tukar kepada kasut/sandal yang lebih selesa pada bila bila masa.


(・◡・)