Tuesday, February 26, 2013

Kenapa Perempuan Malaysia Suka Lelaki Bangladesh/Nepal? (Part 1)


Disebabkan boring tak tau nak buat apa, aku telah guna Google untuk cari fakta-fakta yang ade kaitnya dengan kehidupan aku..hahah. Bak kata orang, bila banyak membaca, makin banyak pengetahuan yang kita dapat.. Diantara tajuk-tajuk yang aku Google adalah tentang warga asing di Malaysia dan Nepal. Haha. Malas nak describe dengan panjang lebar kenapa aku search tajuk-tajuk tu :P
Berbalik kepada tajuk asal post ni, selepas aku baca benda-benda yang aku search kat Google tadi tu, aku rasa terkedu seketika dengan berita-berita kelicikan/penipuan warga asing terhadap kita perempuan di Malaysia ni. Tak kurang jugak komen-komen orang ramai yang menyarankan perempuan-perempuan kita ni untuk lupakan hasrat untuk berkahwin dengan foreigner, especially if foreigner itu adalah dari negara-negara seperti Bangladesh, Nepal, dan Pakistan. Especially if mereka ni bekerja bukan dalam bidang professional (contohnya, pekerja Mydin, pak guard etc). Aku pun bila baca, rasa macam takut la jugak sekejap kan haha. Tapi takpe, sekejap je. Tak lama
So, sebelum aku bercerita tentang kenapa perempuan Malaysia suka mat Bangla/ mat Nepal/ mat Pakistan, aku nak bagi beberapa tips agar korang berhati-hati/ tak ditipu. Tips ni khas untuk sesiapa diluar sana yang berhasrat untuk menjadikan mat Bangla/ mat Nepal/ mat Pakistan sebagai cinta hati korang hahah. Tapi apa-apa tips/nasihat yang aku post kat sini akan lebih merujuk kepada mat Nepal la, sebab aku tak berapa kenal sangat dengan mat Bangla mahupun mat Pakistan.
Macam mana cara nak cari calon kekasih hati/ suami berbangsa Nepal (tips berhati-hati):

1.  Cari mereka di tempat-tempat yang semengah sikit. Bukan di disko mahupun kelab dangdut. Apatah lagi di Bukit Bintang.
Ok, so dia tak kerja dalam bidang professional (engineer/ doctor/ lawyer/ lecturer etc), tapi tak semestinya korang tak boleh kenal dengan dia kan? Walaupun kerja sebagai pak guard, tapi aku nak nasihatkan sikit, carilah mereka yang tempat kerjanya ada prestij sedikit. Prestij bermaksud maybe di office yang semengah sikit, bank, supermarket-supermarket besar yang bertaraf international and the likes. Bukan sebab bias atau apa, tapi sebab keselamatan korang. Biasanya, pekerja-pekerja yang bekerja di bawah syarikat yang semengah sikit macam ni kebajikan diorang akan dijaga dengan elok. Dan majikan yang macam ni biasanya akan check betul-betul latarbelakang pekerja diorang, whether diorang pernah ade rekod jenayah/ salah laku jenayah, penyakit berbahaya etc. Majikan yang betul-betul international company biasanya cerewet dalam pemilihan pekerja diorang.
Bila majikan jaga kebajikan pekerja dengan elok, takdela pekerjanya nak buat perkara yang tak tentu hala kan? Contohnya merompak/menyamun etc.

2. Cari yang muda (walaupun cinta tak mengenal usia)
Kalau boleh, carilah yang muda. Tapi kalau korang nampak dia muda dan akhirnya bila dah berkenalan, rupa-rupanya umur dia dah nak mencecah 40an, tak boleh nak buat apa la kan haha. Kenapa aku kata cari yang muda? Sebab di negara seperti Nepal dan Bangladesh, kaum lelakinya telah berkahwin seawal umur 13 tahun. Walaupun undang-undang negara mereka menyatakan had umur untuk berkahwin mestilah sekurang-kurangnya 18 tahun, tapi di kebanyakan kawasan pedalaman di Nepal, banyak perkahwinan yang diatur oleh keluarga dan tidak berdaftar. So, korang dapat bayangkan betapa berderetnya anak dia bila umur dia dah mencecah 21 tahun.

3. Cari yang tidak minum arak/ bukan kaki todi
Umum tahu bahawa rakyat Nepal biasanya non-Muslim. Yang datang di Malaysia ni pun rata-ratanya non-Muslim (walaupun dia kata kepada anda bahawa dia Muslim). Tapi bab agama ni boleh dibentuk/ diberikan penjelasan lagi in time.. It’s just a matter of time. But bab minum-minum ni sukar untuk dibentuk/ ditinggalkan oleh mereka jika mereka betul-betul kaki minum. Biasanya yang kaki minum ni diorang akan minum sampai betul-betul mabuk, sebab aku pernah nampak diorang jalan terhuyung hayang dek penangan beer. Aku harap mintak dijauhkan la perkara-perkara macam ni huhu. Korang mesti pernah dengar kan kisah-kisah lelaki yang guna semua duit kerja hanya untuk beli arak/todi untuk mabuk-mabuk, walaupun gaji tak seberapa, dalam RM400 je sebulan?

4. Cari yang beragama Islam
Macam aku kata tadi, susah nak tau diorang ni agama ape sebenarnya. Tapi untuk testing sama ada dorang betul-betul Islam or not, senang je. Korang cuba try call dia time Subuh. Kalau dia masih tengah tidur, suara dia akan mamai mamai bertanya korang kenapa call dia time macam tu. Okla, bersangka baik, maybe dia bangun lewat sikit untuk solat Subuh. Then korang jawab je la persoalan dia kenapa korang call time macam tu dengan, “saya nak solat/sembahyang Subuh, sebab tu saya bangun time macam ni”. Tapi, if dia kata “hah? Sembahyang apa time macam ini?”, memang sah lah, kantoi dia bukan beragama Islam..haha. Tapi, bersangka baik je la, maybe dia tak diberikan pendedahan tentang ajaran-ajaran Islam yang sebenarnya/ kurang ilmu agama… Untuk pengetahuan korang jugak, di Nepal ni sama seperti di Indonesia, di mana diorang dibenarkan berkahwin campur antara agama. So, ayah dia may be Islam dan mak dia may be Hindu etc.
Tips yang ni khusus untuk perempuan yang beragama Islam. Kenapa mesti pastikan dia Islam? Sebab iman seorang Muslim dengan iman mereka yang bukan, agak berbeza.. Selain tu, biasanya kita sebagai Muslim dah diajar dengan batas-batas pergaulan dan perkara-perkara yang elok sejak kita kecil. Memang ada yang bukan Islam yang keperibadiannya lebih elok dari kita yang Muslim. Tapi agak rare untuk kita cari.. Selain tu, korang kena pikir jugak bila tiba time Ramadhan nanti..haha. Mampukah mereka berpuasa etc


5. Cari yang pembersih
Macam mana nak tau dia pembersih? Contoh yang paling senang, bila korang lalu sebelah dia, berbau tak ketiak? Haha. Biasanya orang yang tak berbau ketiak adalah yang pembersih? Means, dia agak teliti menjaga kebersihan ketiaknya..hahah. Seorang yang pembersih takdela terdedah kepada kuman-kuman. 1 perkara lagi, masyarakat Bangladesh/ Nepal ni ada 1 amalan yang kurang menyenangkan.. Which is meludah. Tak kira masa/ dimana. If korang tak suka, korang terus terang tegur je diorang dengan elok bahawa meludah merata adalah kurang elok dan agak pengotor. If dia concern dengan nasihat korang terbabit, dorang akan control amalan dorang ni or better, terus dorang tak meludah dah.

Disebabkan post ni agak panjang, aku buat kepada dua parts. Haha. Part 1 dan Part 2