Monday, February 6, 2012

Kenapa Rupa Kita Nampak Berlainan Dalam Setiap Gambar? (Why Does Ourselves Look Different In Every Picture?)


Mata pandang ke atas sedikit. Isikan pipi anda dengan sedikit udara (_ _ ) dan tadaaa!



Kecikkan mata, tongkatkan dagu, dan muncunggg sedikit. Ahaks

Pernah tak korang terlintas di pikiran korang kenapa ek ade sesetengah individu, rupa mereka nampak lain pada setiap gambar milik dorang yang ada di Facebook/mahupun social networking sites yang lain? Kadang-kadang kita susah jugak nak percaya sama ada gambar yang dimiliki tu betul-betul ke milik diorang ataupun diorang rembat/cilok je gambar orang lain? Sebab rupa muka pada setiap gambar yang ade, berlainan. Tapi pada masa yang sama, korang rasa macam "eh, ye kot ni gambar dia". Haha.

Disini saya ingin menjelaskan bagaimana rupa pada setiap gambar yang kita ada boleh kelihatan berlainan pada setiap gambar. Kiranya macam faktor-faktor yang menyebabkan rupa kita pada setiap gambar tu berlainan:

1) Pengcahayaan/ lighting
2) Cara posing
3) Cara senyum
4) Posisi kamera ketika mengambil gambar
5) Posisi muka/badan kita ketika mengambil gambar
6) Photoshop
7) Mencilok gambar orang lain & claim gambar yang dipamerkan tersebut adalah diri kita. Haha. Obviously la kan?

Sebagai seorang yang agak tidak berapa nak mahir dalam bab Photoshop (edit gambar) ni, jadi agak la susah bagi saya kalau nak 'mengubah' rupa saya di dalam gambar. 'Mengubah' disini bermaksud mungkin menjadikan hidung kelihatan lebih mancung, mata menjadi semakin bulat & galak atau kulit kelihatan sangat putih seperti tepung gomak.. Memang impossible la nak edit hidung jadi lebih mancung sebab kalau korang edit macam mana sekali pun, akan kelihatan 'kecacatan' rupa hidung dalam gambar tersebut heheh. Melainkan jika anda benar-benar seorang yang sangat professional dalam bidang Photoshop.. (jika anda memang bekerja dalam bidang fotografi & klien anda terdiri bukan dari kalangan calang-calang orang).

Manusia boleh menggayakan pelbagai rupa. Percaya tak? Apa yang membataskan mereka dari mempelbagaikan gaya posing/senyum etc etc adalah sifat MALU. Kalau korang tak caye, cuba korang try amik gambar sesorang dalam bilik & kemudian korang try pulak amik gambar dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman ke? (sebab Jalan Tuanku Abdul Rahman ramai orang sekeliling) haha. Lepas amik kedua gambar tersebut, cuba korang bandingkan gambar-gambarnya? Ade tak sebarang perbezaan 'rupa' antara kedua gambar yang diambil di tempat berbeza tadi? Sifat malu disini bermaksud kalau keadaan semasa kita amik gambar tu takde orang, mesti kita lebih konfiden untuk berposing dengan pelbagai gaya bagai (contohnya menjuihkan mulut, senyum lebar amat etc haha). Cuba kalau kita dengan kawan-kawan kita, berani tak korang nak amik gambar sambil posing maut? Atau sambil posing menjuihkan bibir? Mesti malu la kan sebab kawan-kawan kita mesti akan kata "mak ai, gediknya kawan haku ni. Perasan manja. Perasan cun la neh" XD

Tapi, kalau korang seorang yang memang konfiden sepanjang masa, letak la anda di mana pun, pastinya gambar anda akan sentiasa kelihatan shangat shomel. Ataupun, jika anda memang dah sangat biasa amik gambar, jadi untuk berposing sakan adalah tidak menjadi masalah untuk anda :)

Saya pernah terbaca, bagi seorang selebriti untuk mendapatkan 1 gambar yang perfect dalam cover majalah/ iklan/ photoshoot, beratus atau mungkin juga beribu gambar akan diambil semasa sesi photoshoot tersebut. Daripada situ, pihak yang terbabit akan mengambil gambar-gambar yang benar-benar memuaskan hati mereka.. Memang agak terkejut la. Sebab ingatkan dorang amik setakat 2 atau 3 gambar je. Tapi beratus/beribu?? Memang penat!

Jadi, bagi pembaca diluar sana, jangan pelik jika setiap rupa didalam setiap gambar anda kelihatan berbeza. Tiada istilah 'tipu', 'temberang' & seangkatan dengannya. Melainkan la jika anda menggunakan Photoshop atau dah sah sah la mencilok gambar orang lain. Contohnya, dalam 1 gambar rupa macam Yoona (penyanyi Korea), then 1 gambar lagi tetibe rupa macam Emma Watson. So memang sah-sah la takde kena mengena kan? (_ _ |||)