Monday, January 23, 2012

Prasangka 1

Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan yang menyambutnya.. :) Mesti best kan dapat makan-makan. Tiba-tiba perut rasa lapar (_ _ )

Mesti korang pelik kan kenapa tajuk post ni Prasangka 1. Mungkin sebab akan ada post seterusnya yang bertitle Prasangka 2, Prasangka 3, dan seterusnya *tapi harap-harap takde la kan? Dan tak perlu la macam telenovela berepisod pulak*.

Foremost/terutama sekali, aku tak tau la ape masalah sorang perempuan ni.. Aku dah stop post benda-benda yang dia kata merepek atau ape-ape post yang dirasakan seperti merepek atau berkebolehan untuk merepek dalam mana-mana celah social networking sites sekali pun. Sebab ape aku baik hati sangat untuk berkelakuan demikian? Sebabnya takde faedah pun. Perkara kedua yang penting ialah, even aku post benda-benda yang merepek sekali pun, aku boleh jamin 100% (kira macam kerat jari la) yang aku takde pulak kutuk-kutuk dia (iaitu si perempuan ni). Seriously, tak pernah langsung aku cakap muka dia bajet lawa, bajet cun, perasan cantik padahal muka macam tembok ke, suruh dia pergi masuk neraka ke dan seangkatan dengannya *ops, baru sekarang aku tulis, sorry!*. Tapi, dia? Rasanya macam ada jek kan.. Kitew rashew (rasa) la ade kan kan.. *bukan setakat dia je, tapi dia bawak geng dia kutuk I sekali okey*

Aku tak paham la apa yang aku kutuk atau post ape yang membuatkan dia begitu 'panas' dengan aku sampai sekarang. Sesungguhnya paranoid dia sangat terserlah bila tadi aku baca dia duk kutuk pulak friends yang ada dalam Facebook friendlist dia & yang menghantar friend requests pada dia dengan mengatakan mereka semua tu stalker@ stalker untuk pihak aku. Aku baca status dia sebab aku gatal tangan nak taip nama dia, sebab nak baca kut kut dia masih ade lagi kutuk aku ke ape..haha. So, memang salah aku la kan pergi gatal tengok profile dia =..=

Aku boleh jadikan dia contoh dari segi overkonfiden dia.. Seriously memang overkonfiden habisss. Aku tak tau la macam mana nak terangkan. Tapi biasa la, orang tengah emosi kan? Mestila tulis macam merapu je.. Banyak kali dia kata macam-macam tentang aku, tapi aku diamkan je. Dia kata aku cakap tak serupa bikin & tak perlu nak show off sangat yang aku ni berkapel. What's her problem kan? Tiba-tiba je. Mungkin dia jeles kot pakwe dia tak nak letak "in a relationship with ..." dalam Fb & tak nak post status geli-geli macam "Pak cik Ali <3 Senah" sebagai status kat Fb? Atau mungkin jugak dia marah kerana pakwe dia tak letak 'like' mahupun komen pada status geli-geli dia, antaranya yang berbunyi cenggini "A simple call from him every morning just to say I love you, really made my day".

Atau mungkin jugak dia berasa jeles sebab dia sendiri pernah berkata "That man she talked about never talked bad about her". Never la sangat kan?. Abis tu yang sampai ko, kwn ko & the gang tu duk kutuk-kutuk aku tu ko dapat sumber dari mana? Spekulasi sendiri ker? Ehem, kantoi? Ahaha :p

Rasa macam tiada gunanya pun kalau kita berkomunikasi dengan orang seperti ni untuk jelaskan apa-apa perkara. Betul tak? Sebab tu I've decided to shushh & explained nothing to her & the gang. Malas nak berbalas 'pantun' dan sebagainya, sebab surely if aku send apa pun message penerangan kat ko, mesti ko akan 'balas' semula. Tu yang malas tu. Sebab once aku dah send any penerangan/explanation, aku expect yang things will be over & should stop there and then. Aku dah mintak pakwe ko tolong terangkan sendiri. Tapi sama ada dia terangkan atau tak, tu aku tak tau la. Kalau dia tak terangkan apa-apa, mungkin pakwe ko seronot/seronok kot tengok ko forever-clueless macam tu? Ataupun dia ade terangkan tapi ko yang tak percaya.

Aku tengah otw move on & hampir berjaya pun dalam misi moving on ni, tapi suddenly it stops half track disebabkan benda-benda macam ni. Jadi, jangan salahkan orang lain (aku) kalau aku cakap benda-benda merepek (iaitu seperti menulis post emoooo seperti ni kat blog aku) lagi. Hahahs. Aku dah cakap secara berhemah la ni kan u'olls readers? Nak maki atau caci pun takde guna sebab aku sebagai seorang yang memang 'tak makan' dengan caci maki ni, berpendapat bahawa caci maki tu macam tak memberi kesan ape pun selain menyerlahkan lagi ketidakmatangan mana-mana individu. Tapi orang-orang yang mendengar kita maki-maki lagi bertepuk gembira adalah kan?

Tiba-tiba aku rasa macam ni:

"Kapel salah, tak kapel (which is menggangu pakwe ko) pun lagi lah memang sah-sah salah"

Untuk makluman semua *dah rase macam public speech pulak*, sejak saya putus kasih *haha* dengan You-Know-Who (_ _ ) saya telah melihat hubungan bf-gf ni atau "in a relationship with ...." sebagai suatu perkara yang tidak serius lagi.. Tak tau la nak definisikan perkara tu sebagai good atau bad? Malah, even nak attend any majlis kawen pun, saya akan pikir banyak kali & kemungkinan untuk hadir tu memang 0 la.. Bukannya tak hepi dengan mereka yang bakal berkahwin, tapi kalau kita hadir & merosakkan majlis orang dengan tiba-tiba meroyan menangis meraung tak tentu pasal macam mana? haaa aiyok aiyok.. Haha. Bukan nanti merosakkan majlis ke? Tapi syukur Alhamdulillah la, sekarang ni dah takde masalah nak attend mana-mana majlis kawen & dah takde masalah bila dengar perkataan "kawen".

PS: Takde la sampai meroyan meraung menangis tapi cukup untuk mengatakan ianya boleh menjadikan mood kurang ok, sendu & sayu tetibe

Kesimpulan yang boleh dibuat, memang saya dah tak percaya pada kapel-kapel ni dah. Sebab kapel tu belum tentu si dia tu milik kita. Tambah lagi bila orang kutuk-kutuk kapel kita, then kita pulak yang nak marah/geram tak tentu pasal, tak malu ke? Orang-orang sekeliling (sama ada anda sedar atau tidak) anda akan berkata "ish tak malu betolll si senah/gayah tu. Macam la pakwe dia tu laki dia. Si lelaki tu rilekkk jeee tapi dia pulak yang lebih lebih". Ibarat hidung tak mancung, pipi tersorong sorong.. Ade laki tu pernah umumkan pada seantero dunia yang dia cintakan kau? atau tergila-gilakan kau? *tapi tak tau la kut lepas ni kau nak hack Fb dia dan tulis post geli-geli dari dia kepada kau, since kau tau password Fb dia*. Ada ke dia nak 'check in' mana-mana places/restoran yang dia bawak kau? Atau post gambar-gambar korang bersama berdua shangat mesra?~~..

Perkara yang saya pelajari ialah, jika kita betul sayangkan seseorang, then let them go. Saya sayangkan seseorang, dan jika dia rasa lebih gembira bersama orang lain tetapi bukan dengan saya, then let them go. If you truly love someone, then let them go. If it makes him any happier being with someone else but not me, then I should let him go. Yes, we do cry our hearts out & we suffer seeing them slip right out of our hands, but it's better than seeing him suffering in silence while being with us. That was a new lesson that I came to learnt recently. Opkos la rasa sedih kalau tengok orang yang kita sayang hepi dengan orang lain kan? *kalau tak sedih tu, mungkin hati batu kot*. Tapi apa yang lebih sedih ialah bila kita dah kind of redha & let go, orang-orang berterusan duk kutuk-kutuk/mengata/menyindir. Then orang (lelaki) yang sepatutnya pulak don't even bother untuk terangkan/explain kepada girlpren baru dia tuh. So, memang la emoooooo. Hahahs.