Monday, January 16, 2012

Perlu Pentingkan Diri Untuk Keselamatan Anda

Kadang-kadang kita perlu pentingkan diri untuk keselamatan diri sendiri. Terutama sekali untuk kaum Hawa diluar sana..

Baru-baru ini saya di munculkan dengan seorang 'peminat' tegar..huhu (tak tau la perkataan 'dimunculkan' tu betul atau salah). Dan saya menggunakan perkataan 'tegar' dan bukan perkataan 'fanatik' kerana takut kelihatan seperti diri saya seorang yang sangat perasan dan supaya pembaca blog ini atau kebetulan mereka yang membaca blog ini tidak muntah hijau selama beberapa bulan..
'Peminat' tersebut merupakan rakan sekelas saya dan kelakuan beliau amat menakutkan saya (dan mungkin juga orang lain?). Jantina? Sudah tentunya lelaki.

Kenapa saya berkata perlu pentingkan diri untuk keselamatan? Ok la, sebagai contoh, jika seseorang melakukan perkara yang anda rasakan sangat agak kurang wajar terhadap diri anda, perlukah anda hanya berdiam diri sambil berkata "Baik aku diamkan jeww ape yang dia buat pada aku.. Maluuu laaa nak heboh/kepoh 1 Kampung Dusun/Kampung Pisang.. Macam ape jeee" atau "Tak nak laaa bitaww sesapee.. Lagipun ni kan masalah peribadi aku dengan orang lain? Buat ape nak bitaw kawan-kawan aku yang lain? Diam sudah.."

Perkara yang kurang wajar disini ialah (hanya menyatakan beberapa contoh & contoh tersebut tidak berkaitan dengan diri ini.. Hanya sekadar memberi contoh sahaja):

1) Apabila seorang lelaki menyentuh anda dan anda merasakan perkara tersebut diluar kerelaan anda atau membuatkan anda rasa kurang selesa dengan kelakuan tersebut, walaupun yang disentuh/dipegang itu hanyalah tangan anda semata-mata. Jadi, kalau sentuh tangan dah buat anda kurang selesa, apatah lagi jika tangan anda tersebut dicium oleh beliau bukan?

2) Apabila seorang lelaki mengikut/mengekori anda. Sudah terang lagi bersuluh bahawa anda tidak mahu diekori, tapi masih depa tak faham naaaaaa. Anda lari dari beliau bagaikan lari dikejar oleh harimau di hutan Amazon

3) Apabila seorang lelaki (atau boleh jadi juga lain-lain jantina) menelefon anda hampir 10 kali dalam sehari dan menghantar SMS dengan kuantiti yang agak banyak. Jadi, apatah lagi jika 20 kali call kan?? Dan bila anda tidak membalas call/SMS beliau, beliau merajuk. Err..

4) Apabila seorang lelaki mengasari anda (sama ada secara fizikal atau secara verbal)

5) Jika semua perkara diatas yang saya nyatakan tadi dilakukan oleh seorang rakan biasa. Maksudnya bukanlah seorang yang istimewa buat anda seperti bf, tunang, suami, skandal, dan lain-lain. Memang sangat tidak wajar =.=

Apabila berlakunya semua perkara diatas ke atas diri anda, sangat penting untuk anda berkongsi dengan kawan-kawan anda yang lain demi keselamatan diri sendiri jugekk. Bukanlah ingin berfikiran buruk/salah sangka pada 'peminat' anda tersebut, tapi jika berlaku apa-apa/sebarang perkara yang lebih tidak diingini di kemudian hari, at least ade orang-orang yang tahu kan? So, senang la kalau kawan-kawan mahupun family anda nak cari anda in case anda hilang secara tiba-tiba etc. Gulp!