Thursday, January 26, 2012

Muka Tanpa Make-Up.. Eh Yeke?

Tak tau la sama ada saya pernah post tentang tajuk diatas atau tidak haha. Muka tanpa make-up? Berani tak korang post dekat blog mahupun mana-mana tempat public yang boleh diskodeng mana-mana individu yang gemar berinternet?

Saya sangat kagum dengan kulit muka Neelofa & Fasha Sandha yang nampak comel lagi cantik anggun vavavoom tanpa make-up :) even muka saya pun ade jerawat sebenarnya. Cuma mungkin tak berapa nak kelihatan dalam gambar. Cuba anda berjumpa dengan saya secara live & tengok macam mana haha.



Gambar paling latest diambil pada 25 Januari 2012. Gambar kaver cun.. Eh mestilaaa kena kaver ok.. ;p sebenarnya gambar ni diambil dalam kereta masa nak pergi pasar malam. Kelam kabut tak sempat nak siap sementara ibu & ayah telah berada dalam kereta dan start enjin kereta. Lalu tidak sempat untuk bermake-up bagai. Hanya sempat membasuh muka dengan pencuci muka & menepek toner. Haha. Oleh kerana cuaca yang agak panas menyucuk mata yang sememangnya ada tahap kesilauan yang tinggi lalu mata saya terpejam ketika jari sedang klik butang 'tangkap'/capture. Demikian lah kenapa gambar ni kelihatan sangat gedik dengan mata terpejam. Bila-bila check semula gambar ni, tengok nampak macam ok je pulak kan, so, okla haha.

Terima kasih sudi membaca :)