Saturday, January 21, 2012

Lukis Kartun & Kartun Akan Mintak Nyawa Pada Kita?

Pernah tak korang terbaca kat mana-mana tentang, bila kita lukis kartun, nanti kartun tu mintak nyawa/tuntut nyawa pada kita di akhirat? Saya selalu jugak dengar tentang perkara ni masa kecik-kecik dulu.. Mesti korang nak tau sama ada sahih atau tak? "Eh, betul ke? Eh, tak nak la melukis lagi?" dan sebagainya

Ni hanya pada pendapat saya la kan, tapi kalau salah, tolong betulkan ye.. :)

Pada pendapat saya, perkara ini adalah sama sekali tidak benar.. ye TIDAK with a capital T..hahahs *ape yang aku merepek aku pun tak tau*

Tapi memang tu pendapat saya, jika anda semua bertanya..
Cuba korang fikir, kita kan manusia? Manusia boleh ke 'beri' nyawa pada mana-mana makhluk/benda? Yang berhak beri nyawa dan sebagainya pada sebarang makhluk mahupun benda adalah Tuhan, iaitu Allah s.w.t.. Sebabnya kita tiada kuasa untuk menghidupkan/memberi nyawa pada mana-mana makhluk. Even nyawa kita sendiri pun dikurniakan/diberikan oleh Tuhan kan? :)

So, memang tak betul la kalau kita lukis kartun, kemudian kartun tu akan tuntut nyawa pada kita di akhirat nanti.. =..=

Mungkin antara sebab-sebab orang kata kita tidak digalakkan melukis kartun adalah sebab:

1. Kita lalai menunaikan kewajipan kita sebagai seorang Muslim/Muslimah apabila melukis kartun. Contoh, mungkin kita sampai meninggalkan solat semata-mata nak melukis kartun

2. Kita melukis kartun-kartun yang tak sepatutnya.. Harharhar korang pikir la sendiri :P mungkin kartun tersebut berunsur 18SX? So, memang tak patut la lukis macam tu kan =..=

3. Sebab-sebab lain yang tak sepatutnya