Friday, January 20, 2012

Kenapa Saya Tidak Suka Pakai Tudung Awning

Kalau anda seseorang yang selalu nampak saya in real life (kehidupan sebenar), sama ada anda rakan saya, rakan baik, bff, rakan sekelas & juga seangkatan dengannya, anda pasti sedar/perasan bahawa 1 tudung yang tidak pernah anda lihat saya pakai ialah, that would be tudung awning! :p

Kenapa? Sebab pada pandangan/penglihatan saya, tudung awning agak tidak sesuai dengan bentuk muka saya T.T

Bukannya tak teringin nak pakai, tapi teringin sangattt. Bila saya tengok kawan-kawan saya pakai, dorang nampak ok+cun je, tapi bila tiba time saya pakai, okthanxbye! haha hampeh. Saya tengok orang-orang lain konfiden je pakai, tapi bila tiba saya yang pakai, saya memang tak konfiden! Aha. Mungkin saya belum jumpa tudung awning yang sesuai dengan saya kut?

Betul ke awning dia ade pelbagai jenis? Ade tak awning yang jenis tutup kegemukan di pipi? haha. Lagi 1, mungkin saya tak berapa suka dengan tudung awning kerana rata-rata tudung awning, seperti 'melekat' di bahagian leher/tengkuk. Tapi, saya suka tudung awning seperti di atas tuuuuu. Mabeles! Nampak macam roomy di bahagian leher/tengkuk. Saya kurang suka jenis yang macam melekat atau ala ala hampir melekat. Mesti korang tertanya tanya apa melekat tu kan? Okla, korang mesti pernah pakai tudung bawal kan? Ala, tudung yang kena pakai pin/kena iron dulu dengan sterika sebelum dipakai supaya tak nampak renyuk renyuk. Haaa..tudung jenis bawal tak melekat pada leher/tengkuk. I loike.

Tak tau la betul atau tak kan? TAPI pada pandangan mata saya, if seseorang tu berbadan agak besar/montel/gempal, & beliau memakai tudung awning yang jenis melekat kat leher/tengkuk, nampak macam beliau lebih besar/montel/gempal. Itu pada pandangan mata saya la, tapi tak tau la betul atau tidak! hikhik. Tapi kalau korang badan yang selim melim (slim), nampak cun je kalau korang pakai.. Agaknya antara sebab ni la aku tak berani nak pakai tudung awning T.T
Tapi, again, ni hanya pada pandangan mata saya je ok.. Different people different perceptions kan?? :)

Apa pun, I'm still trying to find tudung awning yang agak roomy (luas) dibahagian leher/tengkuk.. Macam gambar kat atas tu ahaha. Beserta awning dia yang panjang ke bawah sikit kut? So, boleh hide pipi saya yang lebar ;p

Tapi with great fashion, comes a great price ($). Tak gitu?

Tq sudi membaca :)