Thursday, January 19, 2012

Kenapa Kita Tak Boleh Letak Gambar Kita Dengan Pasangan di Facebook

Saat semua orang sedang nyenyak berpeluk dengan bantal golek masing-masing sambil air liur basi meleleh atas bantal kepala, saat ini lah aku sedang bersemangat menulis blog. Haha *sebenarnya takde la bersemangat sangat, tapi inilah penangan akibat tahap kebosanan selepas exam * T^T

Sebelum exam/time kuliah sedang in progress tak sempat nak berblog etc etc.. Even check Facebook pun setakat tengok kot kot ade ape ape notification yang penting sahajaa

Entry kali ini bertajuk “Kenapa Kita Tak Boleh Letak Gambar Kita Dengan Pasangan di Facebook”. *Obviously, dah tercatat tajuk tu besar-besar kat atas, lagi nak ulang* (_ _ )”
Sebelum anda berkata “Ok, so lame! Mesti Anna Shamsul ni nak berceramah agama and etcetra etcetra”, sila baca entri ni sehingga habis hehe tq :)

Kenapa tiba-tiba saya memilih tajuk entri ni? Sebab tadi masa tengah usha-usha Facebook, saya telah come across 1 Facebook yang begitu ramai subscribers. Cuba korang cari nama Yuyu Zulaikha :) check punya check, rupa-rupanya she's a blogger! Pastu pastu kan, saya pun usha la pulak blog dia dan pastu kan, saya tengok blog dia interesting sangat..huhu. Kalau korang rajin, korang bukak la blog dia

Agak tertarik la dengan isu-isu yang dia kupas.. :) Salah 1 isu yang paling menarik, adalah seperti tajuk entri ini. Semua orang mesti shukewww sangakkk kan nak letak gambar diri & pasangan masing-masing (boipren/tunang/suami/skandal) kat dunia maya, terutama sekali Facebook. Dan ini tidak terkecuali diri saya. Memetik dari blog Yuyu Zulaikha kepada kenapa kita tak digalakkan meletakkan gambar pasangan di Facebook kerana:

" Kamu tunjuk gambar kamu di Facebook (ustaz tu ada fesbuk ooo), gambar kamu dan suami kamu, bagus, bukan tak bagus, tapi orang yang tengok, ada tak yang cakap "ماشاء الله". kalau orang cakap, ish, sorang ni tak padan la, sorang gemok sorang kurus, bukan ke tu satu doa?

Kalau ada orang yang tak suka kita, sebab bukan semua orang suka kita, dia tengok gambar kita dengan suami kita dia cakap "hmm,.ni tak lama la nii.." bukan ke tu satu doa? bukan benda tu haram, tapi, fikir la akibat nya.

Kalau orang tengok kamu bahagia dengan suami kamu, tak pun, suami kaya ke, handsome ke, dia suka, dia buat benda jahat kat rumahtangga kamu, macam mana?

Buat la apa apa untuk mengekalkan kesejahteraan rumah tangga. Kalau nak bergambar romantik pun, buat la tatapan kita dengan keluarga, cukup la. Cemburu, doa buruk, iri hati, hasad dengki
la yang buat rumah tangga kita selalu goyah "

Menurut kata-kata Yuyu Zulaikha, ada jugak kebenarannya.. Semua orang tak semestinya suka pada kita kan? Walaupun dalam friend list Facebook tu tertempel nama besar-besar "Gayah is now friends with Senah". Ataupun kadang-kadang, kita tak sedar kita "tercakap" benda-benda yang tak elok dalam hati kita. Padahal bukan sengaja berniat untuk bercakap tidak elok, tapi diluar kesedaran kita.. Contohnya bila kita come across 1 Facebook Profile & nampak Display Picture yang profile tu letak gambar pasangan (awek & cowok). Dan kita pun click sebab nak tengok gambar tu besar-besar. Lalu kita nampak awek dalam gambar tu punyalah cun melecun & tiba-tiba bila kita tengok gambar jejaka disebelah beliau pulak tak berapa nak cun (?), lalu dalam hati kita pun berkata "Apesal awek dia cun tapi pakwe dia macam tak encem jew?". So, tu dikira sebagai 1 doa kan? Itu baru sorang yang "cakap", tapi kalau berpuluh, beratus or even beribu orang yang setiap kali nampak gambar tu & berkata benda yang sama, macam mana pulak?

Tapi kadang-kadang kita (saya) degil jugak nak letak gambar diri & pasangan kat Facebook.. Omputeh kata display of affection giteww. Yela, sape yang tak nak pamerkan bahawa jejaka sekian sekian telah berjaya menambat hati gue. Atau awek sekian sekian berjaya menambat hati gue. Selain itu, mungkin juga nak elakkan awek-awek/mahupun cowok-cowok diluar sana yang berniat untuk add pasangan kita di Fb dari menggatal/mengorat pasangan kita. Yelah, kalau dah jelas pasangan kita bergambar dengan kita, ade lagi ke orang yang nak mengorat kan? *kecuali jika anda memang yang semulajadi thrill untuk mengorat bf/tunang/suami orang lain*

So, ade jugak la pros & cons dia.. Orang-orang yang memang tak setia juga surely boleh gunakan alasan ni untuk mengelakkan orang lain tahu bahawa beliau sudah berpunya.. Tak gitu?
Apa pun, terserah pada individu masing-masing :)

Kadang-kadang nak jugak letak gambar-gambar tu kan sebab nanti orang akan fikir "oh minah ni macam syok sendiri je. Ntah betul ke tak dia dah ade pakwe. Ntah-ntah dia berimaginasi je kot?". Haha. Tapi, jika setiap kali terdetik perasaan seperti ini, mungkin boleh cuba sematkan ayat berikutnya di dalam minda & hati kita:

" Jangan sayangkan manusia lebih dari kita sayangkan Tuhan "

Wasalam.. :)
PS: Sekadar berkongsi