Saturday, August 27, 2011

Saya Tidak Secantik Rossa

Gambar mandi sungai mase bulan April (kalau x silap) di sebuah lokasi yg dirahsiakan di Pahang ;p



Let's talk this over, it's not like we're dead
Was it something I did?
Was it something you said?
Don't leave me hanging in a city so dead
Held up so high on such a breakable thread


All this time you were pretending
So much for my happy ending


All the things you hide from me
All the s*** that you do

It's nice to know that you were there
Thanks for acting like you cared
And making me feel like I was the only one
It's nice to know we had it all
Thanks for watching as I fall
And letting me know we were done


My Happy Ending - Avril Lavigne

Lirik lagu diatas antara perasaan yg digambarkan buat saat ini. Ketika ini. Lately. Gambar mandi sungai di atas takde kena mengena, sekian. Hanya sbg hiasan kerana post/entri yg langsung tiada gambar-gamabar membosankan bukan? Haha.

Kenapa tiba-tiba aku jiwang ni? Kenapa tiba-tiba emo lately? Aku tidak menunding jari pada sesiapa. Tapi ingin juga aku menunding jari khas untuk seseorang individu. Tetapi bukan jari tengah ye. Tidak baik bulan bulan puasa ini. Entri ini untuk individu yg bernama lelaki. Lelaki yg ade dalam kepala hotak haku ni mempunyai nama. Cukup aku nyatakan nama beliau ialah Nazam Hamid *bukan nama sebenar. Ye, kau ingat kau sahaja yg bernama Nazam hamid? Puh-leasee, ramai ok. Akan tetapi. Ye, akan tetapi, siapa yg makan cili, beliau lah yg terase pedasnye..

Kalau diikutkan hati juga, ingin sahaja aku menambah lagi 1 nama. G bkn nama sebenar. Tapi, rasanye tidak adil untuk daku berbuat demikian. What past is past kan? Tapi, in case anda tertanya tanya mengapa. Jika difikirkan, individu itulah penyebab kepada kenapa perasaan daku telah sampai ke tahap ini. The reason why I'm so messed up right now. If it wasn't for him, my feelings would have steered clear, away from any adding miseries. I would have stayed away from Nazam Hamid.

Tapi macam x logik la nak berterusan menyalahkan orang itu. Apa pun, jom mari jangan terpesong kepada objektif sebenar entri ini..haha.

Note bahawa jika sesiapa diantara anda namanye telah disebut diatas, jangan cepat melatah.

Lelaki, bila kita x layan, jual mahal, diorang terus berusaha utk mendapatkan cinta/syg kitorang kan? Sampai sanggup buat benda-benda yg selalunya x disukai. Tapi, sbb syg/cinta punya pasal, sanggup lupakan benda-benda yg x disukainya. Sbg cth, yg x suka main SMS, tetibe main SMS. Yg x suka bangun pagi, tiba-tiba sanggup bangun pagi utk berjumpa sang kekasih hati. Tapi, apabila perempuan dah syg/cinta diorang, tiba-tiba diorang blah mcm tu je. Beri alasan, "sy belum sedia lagi", "sy rasa sudah makin tidak selesa dgn awk", "rupa awk tidak secantik/sekiut Rossa" *ops matiee la kau Senah

Okay, last part tentang Rossa tu hanya sekadar buat lawak yg lame disini~~
Kenapa ye masa mula-mula nak curi hati kita perempuan, tak kisah ttg benda benda remeh? Tapi, lama lama dgn sepantas kilatnye apabila hati kita telah ditambat/diikat bagai mengikat tali kasut, tiba-tiba lelaki akan berkata "aku rase ko macam ganggu aku la..", "Ko paksa aku main msg, keluar, etc". Ganggu? Paksa? Eh, bukan secara sukarela kah anda berbuat perkara-perkara demikian? Jadi, segala yg anda lakukan adalah kerana anda terpaksa? Kerana dipaksa? Rasanye tiada istilah dipaksa disitu kerana apa yg anda lakukan datangnye daripada diri sendiri.. Perasaan yg anda rasa bukannye dipaksa bukan? Tapi, tiba-tiba bila anda mula tidak suka dgn that person, anda telah menakrifkan bahawa segala perbuatan yg dilihat sbg jujur & ikhlas itu sebagai Paksaan?

Apa pun, sebagai manusia yg hidup bermasyarakat, perlu lah jugak jaga hati & perasaan makhluk lain. Walaupun makhluk ini bukanlah makhluk tuhan yg paling seksi. Jaga perasaan org lain bukan hanya terhad atau khas utk mereka mereka yg anda suka/selesa sahaja. Bukan juga hanya utk diri sendiri semata mata.. Kalau hanya jaga perasaan diri sendiri bukan kah selfish namanye tu? Mementingkan diri sendiri?

Sekian ;)