Friday, August 5, 2011

My Beauty Regime?

Hello my lovely readers :)

Mungkin kelihatan seperti agak perasan disini, kerana saya akan menge-post entry tentang beauty regime sendiri.. Beauty kah? Haha. Okay, takde la beauty sangat. Dan mungkin juga tidak beauty langsung :P tapi ade haku kisah?..haha. Kelihatan seperti basi kerana saya rase dah lama orang sibuk post post entry tentang benda-benda seperti ini. Tapi haku baru nak post =.=

Okla tanpa merepek panjang panjang, saya nak share/kongsi dengan korang tentang produk-produk kecantikan yang dipakai, disukai, dan yang berkesan.. Untuk saya lah.. Tapi tak tau pulak macam mana untuk korang diluar sana.. :) takde sape pun nak tau ape yang haku pakai untuk muka.. Sebab bukannye artis mahupun seseorang yang feymes pun.. Tapi tak salah rasenye berkongsi maklumat yang elok.. Mane tau lepas ni korang yang baca blog ni nak cuba pulak kan?


*Note: Entry ni dah lama ditulis, iaitu dalam sebulan yang lepas. Jadi, mungkin terdapat sedikit perubahan di dalam penggunaan produk.. Akan di explain di akhir entry ini ;p *



Cleanser/Pencuci Muka




First time cuba cleanser ni mase dapat free bile beli majalah, beberapa tahun yang lepas. Bila cuba je, ternyata sesuai dengan kulit muka saya. Muka ni jenis yang masih tumbuh lagi jerawat, walaupun umur dah 23. Kalau tersalah pilih cleanser, memang konfem boleh tumbuh jerawat kat muka. Kalau tak pakai cleanser, lagi lah memang berje-je-jerawat lah muka haha. Saya guna je cleanser ni, jerawat memang sudah bersumpah untuk tidak berani timbul di muka. Selain tu, parut-parut jerawat semakin pudar dan boleh terus lenyap dengan penggunaan yang konsisten. Juga mengecilkan liang-liang roma muka haku dan menghilangkan jeragat (freckles) manja di muka ini. Haha ye, memang muka saya ade freckles manja.. (maksudnye, tak banyak la). Heh, tangan dengan kaki saya pun ade jugak kot benda freckles ni. Anak mat saleh celup la katakan.. Sila muntah hijau =.= Anyway..cleanser ni harga dia murah la.. Takde la mahal.. Dalam RM10 je lebih kurang. Itu je yang termampu setakat ini.. Tak tau la kot kalau lepas ni nak cuba pakai SKII pulak? HAHA




Toner/Penyegar Muka



Lepas cuci, mestila kena guna toner.. Dulu dulu saya pun pakai cleanser je.. Setakat cuci, dah. Takde nak tepek tepek toner ke, krim ke, dan ape ape jadahnye lagi. Tapi selepas meningkat dewasa ni, baru tau kepentingan benda-benda selain dari cleanser. Saya guna toner dari jenama yang sama dengan cleanser, iaitu Gervenne *terlupa nak introduce nama benda-benda alah yang digunakan* haha.


Moisturiser



Selepas kita menepek toner, kita akan gunakan pula moisturizer.. Di sini ade 2 jenis moisturizer, iaitu Day Moisturizer dan Night Moisturizer. Day Moisturizer ni untuk siang hari dan Night Moisturizer pulak untuk dipakai pada malam hari sebelum anda masuk tidur zzZ.. Moisturizer ni bagus sebagai make-up base korang..sebelum korang tepek tepek foundation/concealer/bedak kat muka :P jadi, bile dah pakai moisturizer, muka yang disaluti dan diseliputi foundation/concealer/bedak lepas tu tak akan jadi kering. Kadang-kadang bile kita pakai bedak, mesti ade sesetengah tempat kat muka kita macam menggelupas kering. Kat hidung ke, pipi ke.. Jadi, bile pakai moisturizer, takde lagi kering-kering muka korang..hehe. Night moisturizer pulak dipakai sebab bile saya bangun je dari tido esok pagi (ataupun tengah hari), muka macam berseri seri je..hahah.


Losyen Tangan




Saya suka beli losyen dalam saiz yang kecik.. Tak berapa suka beli yang saiz besar.. Sebabnye bila dah pakai dan rase macam tak suka je losyen yang dipakai tu, boleh la cepat dihabiskan, berbanding dengan losyen yang dalam botol besar..rase macam berkurun je nak tunggu dia abis.. :P Losyen pulak, saya suka cuba pelbagai jenis. Tak stick to just one jenama/jenis je.. Setakat ni, saya guna dua jenis losyen kat atas tu la.. Vaseline Healthy White dan Johnson’s Baby 24 Hour Lasting Moisture. Salah satu sebab lagi kenapa saya suka beli losyen yang bersaiz kecik ialah dia murah haha. Bawah RM10 ok.. Selain boleh dimasukkan dalam handbag dan bag. Sebenarnya losyen Johnson’s Baby tu ayah saya yang punya.. Tapi bile dia dah beli, dia macam tak pakai je, jadi, saya tibai je la hahahs. Baru jugak beli. Maaf tanda harga tidak di tanggalkan. Kesemua losyen diatas, dipakaikan pada tangan dan kadangkala dikaki juga.. Tak berapa suka pakai di badan, sebab rase macam melekit lekit je. Terutama sekali bile dah berpeluh. Lebih prefer pakai bedak di badan. Haha.


Penjagaan Rambut?






Jangan ingat orang-orang yang bertudung ni malas nak belai belai rambut okay.. :p ade diantara rambut kami dijaga rapi seperti juga mereka-mereka yang tak bertudung.. Aku tak tau la ape khasiat sebenar benda alah kat atas ni.. Tapi dia kata untuk melembutkan rambut. Kiranye kalau rambut ketak, pakai benda ni, memang rambut akan jadi lembut bak sutera.. Senang nak sikat sume. Saya terpengaruh dengan jenama Liese ni selepas membaca majalah Cleo. Dorang asyik sebut sebut pasal Liese je..jadi saya tengok macam best je kan.

Dorang kata bau wangi, macam peach etc. Jadi, belilah satu.. Tapi yang bau macam peach tu produk yang lain, iaitu Liese Hair Cocktail. Sebelum beli tu, dok belek belek instructions kat belakang packaging dan dia kata Liese Juicy Shower ni bau macam berries. So, WOW, berries mestilah wangi daripada peach kan? Haha, jadi, saya belilah satu. Sebaik kaki melangkah je masuk kereta, terus bukak packaging dan main spray spray untuk mengetahui bau sebenar benda ni.. Agak frustrated sebab ingatkan benda ni agak fragrance atau lebih tepat lagi, ingatkan wangi harum semerbak. Tapi bau agak seperti bau ketiak masam o.O errr.. Korang tau kan ketiak masam baunye macam mane? Bau dia macam pepatah BM, mati segan tak mahu. Tak tau la betul ke tak peribahasa tu. Ade jugak la bau, tapi macam sipi sipi je bau dia.. Mula-mula spray tu bau macam ketiak masam.

Tapi bila dah lama-lama, ade la bau berries.. Tapi kita tengok khasiat dia, memang agak ok la.. Selain dari benda kat atas ni, saya ade jugak menggunakan Ellips Hair Vitamin dan Sunsilk Damaged Hair Reconstruction Hair Serum. Rase macam nak beli jugak benda-benda lain. Salah satunye, Herbals Professional Smooth Lovin Hair Serum (tak tau betul ke tak jenama/ejaannye). Haaa..yang baru disebut tu, memang superb la bau dia.. Tapi harga je mahal sikit. RM20 kalau tak silap. Botolnye kecik ja.. Tapi suka la bau dia. Kiranye kalau pakai tudung, takde la bau hapak atau bau-bauan yang kurang menyenangkan timbul


Perfume




Perfume kegemaran ku in the world setakat ni.. Dibeli pada tahun 2007 atau 2008 kalau tak silap di The Zone, Stulang Laut, JB. Tempat tu duty free zone, jadi harga-harga perfume murah la sikit.. Paris Hilton: Heiress. Kalau kat luar, hampir RM300. Tapi di The Zone, dalam RM100 +++ something. Dibeli dengan hasil dapatan duit-duit rayaku pada tahun itu haha :P dan ditambah sedikit dengan duit ayah..hehehe. Memang jatuh cinta pandang/bau pertama pada perfume ni.. Adik aku punya keje dia pi spray contoh perfume ni kat lengan baju aku. Balik je rumah, terigau igau haruman ni. Haha. Even baju tu dah dibasuh, still aku pergi hidu lengan baju tu macam orang hidu gam. Setelah beberapa hari, kembali semula ke The Zone dan menyaksikan duit-duit rayaku terbakar..

Tapi berbaloi dan betul betul puas hati dengan perfume ni. Dah lama tak pergi window shopping/shopping beli perfume, jadi tak berapa tau sangat dengan bakal-bakal bau perfume terkini yang mungkin diminati.. ;p Kiranye setakat ni, kalau ade orang yang bertanye apekah my signature scent, saya akan berkata Paris Hilton: Heiress. Cehs. Macam la ade orang tanye. Kalau ade pun, aku akan senyum je. Gelimat untuk menjawab dengan tepat. Selain wangian diatas, saya juga meminati Ralph Lauren: The Natural Spray.



Bau seakan-akan wangian diatas, tetapi lebih fresh. Ape ape bauan yang seakan akan seperti yang dinyatakan, walaupun dia murah, saya akan beli juga.. :) bau-bauan seperti bubblegum, manis, fresh seperti Rexona Shower Clean :p oh, saya ingin berkongsi dengan anda, kalau anda ingin membeli perfume yang tahan lama baunya, yang tidak dipengaruhi oleh bau peluh anda setelah beberapa jam dipakai, cari lah perfume yang bertulis Eau De Parfum dan bukan perfume yang bertulis Eau De Toilette. Eau De Parfum lebih tahan lama.. :) Tapi most of the time, agak susah untuk cari perfume yang bertulis Eau De Parfum. Kebanyakan yang ade kat pasaran sekarang ni ialah Eau De Toilette :(


Lagi Satu Wangian/Perfume/Cologne




Kawan satu tempat belajar saya di UTM Space, iaitu Aznurul Ain telah memperkenalkan saya kepada Johnson’s Baby Cologne: Summer Swing. Sungguh tidak tahu kewangian benda diatas. Benda ni saya bawa hampir ke mana sahaja dan diletakkan di dalam beg. Jadi, bile pergi berjalan jalan ke shopping complex atau dimana sahaja (kecuali di dalam hutan), saya akan menggunakan benda diatas untuk menghilangkan bau peluh atau bau bau lain yang kurang enak dihidu setelah lama berjalan. Baunya fresh :)


Balm Type/Stick Perfume






Lagi produk yang diiklankan di majalah Cleo.. Di beli dari Etude. MiniME Ms.Twinkle Perfumed Stick. Lebih kurang macam bekas lipstick. Kedai dia ade di Berjaya Times Square dan Sungei Wang Plaza dan jugak beberapa Jusco. Dah lama jugak teringin nak pergi ke Etude tapi tak jumpa.. Pastu suatu hari ni, sedang berjalan di Berjaya Times Square, ternampak kedai ni semasa saya sedang duduk di atas bangku untuk merehatkan kaki.


Tak sangka pulak agak mahal harga dia =.=” tapi nak wat camne, beli la satu sebab kalau tak beli, konfem akan asyik angau, teringat ingat pada benda alah ni :P harga, RM50 X( tapi okla dengan kualiti yang ditawarkan perfumed stick Etude ni.. Ade beberapa jenis bau/packaging. Tapi, saya pilih yang ini, sebab baunya agak menusuk kalbu, idaman yang diingini..haha. Juga dibawa ke mana sahaja saya pergi, diletakkan di dalam beg, sama seperti Johnson’s Baby Cologne di atas.. Mungkin harga dia agak mahal sebab Etude ni dari Korea kot ;(

CONCLUSION: Memandangkan post ni dah lama di tulis tapi belum di publishkan lagi aritu, jadi terdapat beberapa perubahan iaitu penambahan produk produk lain yang digunakan. Tapi haku dah malas nak type banyak banyak haha. Bile rajin nanti, saya akan upload lagi/buat entry tentang penambahan produk.. KALAU rajin ;p