Monday, June 20, 2011

Orang Yang Tak Disukai?

Pernah tak korang rase korang tak suka dengan seseorang individu dan korang memang tak nak ade apa apa hubungan lagi dengan individu tersebut, baik sebagai kawan, teman atau lain-lain lagilah? Tapi, kalau ditakdirkan korang terserempak dengan individu tersebut di mana mana majlis, function atau event, atau pasar malam ke, takde lah korang nak larikan diri masuk ke dalam bilik stor yang terdekat atau bersembunyi disebalik meja mahupun jambangan-jambangan bunga yang ada di situ. Itulah perasaan saya pada ketika ini. Bukannya korang membenci individu tersebut. Jauh sekali masih menyimpan suatu perasaan mahupun dendam . Tetapi, boleh tak kalau saya define perasaan itu sebagai perasaan tak suka? Seperti individu tersebut sebagai seorang yang asing bagi korang atau dalam bahasa omputehnye ialah strangers. Tapi strangers yang mempunyai pelbagai perkara dan seribu macam hal lepas yang pernah menjengkelkan anda. Yang pernah hampir menghancurkan hidup anda. Lihat disitu, saya menggunakan perkataan PERNAH ye.. Bukannye MASIH.. Dan disini juga, saya terpaksa mengingati kembali perkara yang PERNAH individu tersebut lakukan terhadap hidup anda, dan disini, family included.


Mungkin kedengaran seperti saya tidak pernah memaafkan individu tersebut atau mungkin juga kedengaran seperti saya seorang yang keras hati, masih tidak dapat melupakan perkara yang lepas. Tetapi, percayalah, segala perkara yang lepas, hampir 90% sudah dideletekan dari memori ini. Jika individu tersebut ingin memohon maaf, sudah saya maafkan. Tetapi cukup saya katakan bahawa, since 90% perkara yang lepas dah pun dideletekan dari memori ini, buat apa lagi perlu dikenang kenang semula memori tersebut. Tak kisah lah sama ade memori manis, indah, pahit mahupun payau. Dan tak perlulah berulang kali untuk dinyatakan.


Cukup untuk saya katakan bahawa saya agak masak dengan kerenah individu tersebut. Tidak boleh lah untuk mengatakan bahawa saya begitu kenal atau sangat kenal tetapi, cukup kenal untuk tidak lagi mempunyai apa apa hubungan komunikasi dengan beliau mahupun membuka peluang kepada beliau untuk berkomunikasi secara terus dengan diri yang sedang mem-blog ini.. Dan jika ade pun komunikasi secara terus, saya tidak akan melayan apa sahaja permintaan individu tersebut.
Bukannya sombong atau tidak professional, tapi kita lihat semula apa keperluan untuk terus keep in touch? Bak kata omputeh.. Kita keep in touch untuk mengetahui perkembangan diri individu yang kita ingin keep in touch with. Hanya kerana kita tak keep in touch, tak bermaksud hubungan silaturrahim tu terputus. Kita masih boleh keep in touch dengan bertanya kepada rakan-rakan kita akan keperihalan individu yang kita ingin tahu..