Sunday, February 20, 2011

Aurat Wanita?

Diriwayatkan oleh Imam At-Tabari dalam Al-Mu’jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya:
"akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita berpakaian tapi sebenarnya mereka bagai bertelanjang tanpa pakaian. Sanggul mereka ditinggikan bagai goh unta(bonggol). Kutuklah mereka, sesungguhnya mereka itu terkutuk (dikutuk oleh Allah)"

Hari yg busy dgn study dan kerja sekolah hahaha :( anyway, berehat sekejap dgn melayari internet dan Google tentang fesyen etc dan terjumpa ttg artikel berkaitan aurat wanita. Ok, sy tidak begitu perfect lagi dlm bab menjaga aurat ni :P tapi ada sesetengah artikel yg menarik perhatian sy tentang aurat wanita.. Sejujurnya sy sendiri pun sy rasa belum menepati ke arah penutupan aurat sempurna.. Tapi I'm still trying and hopefully it will get better :)

Tersentuh utk post entry ini kerana, apabila membaca blog blog dan seumpamanya yg kini makin popular seperti Lookbook, Blogger/Blogspot, Tumblr dan sbgnya, semakin ramai fashionista muslimah yg menyertai social interactive sites seperti ini. Memang tak salah join sites seperti ni, tapi bila lihat sesetengah fashionista, post apa yg mereka pakai, jenama pakaian/handbags/accesories yg mereka pakai, terasa seperti, apa tujuan sebenar mereka?
I mean, entah la, terpulang pada niat masing masing kan? :)

Tapi sy pernah terdengar la haha chewah, dh mcm ustazah berceramah :P kalau kita berpakaian, tak kira sama ada menutup aurat ataupun tidak (kalau tak menutup aurat mmg tak bolehlah) dgn niat utk menunjuk nunjuk, dh kira jatuh kpd kategori haram? Wallahualam..huhu

Dan 1 lagi, kalau kita pakai tudung dan kita sengaja sanggul sanggulkan kita punya sanggul (haha ayat dh mcm ape da) agar sanggul nampak tinggi/besar, pun dikategorikan sbg haram juga?
Tapi kalau rambut dah memang semulajadi panjang, kemudian disanggulkan supaya nampak kemas dan tak rimas, sebelum memakai tudung okla kot, asalkan tujuan dia bukan disanggulkan semata-mata nak menayang/menunjuk pada orang ramai.. Semata mata oukay?.. Sebab tujuan utama dia ialah keselesaan diri sendiri, iaitu supaya rambut tak terkeluar keluar dan berserabai. Tapi walaupun begitu, sanggul tu jangan la over over sangat. Atau lebih tepat lagi, jangan la nampak sangat macam bersanggul :)

Itu je la yg sy nak share hari ni :) mohon maaf kalau ada yg tersilap..thehee :P
Sy sendiri pun tak de la berapa perfect but I'm on the way towards better self ^_~

Sy sendiri pun suka berpakaian yg kemas, cantik dan uptodate, tapi bukan semata-mata untuk menunjuk pada orang ramai seperti oh lihatlah bajuku, betapa berfesyennya atau supaya orang sekeliling berasa awww awesomenya dia haha, tapi untuk diri sendiri. Sy suka dan selesa bila berpakaian yg cantik. Sebab sy memang suka benda benda yg cantik ^_~ Tapi kalau orang sekeliling terperasan dan berkata benda itu cantik, dan sebagainya, apa boleh buat kan? huhu. Bermaksudnya dia pun sukakan benda-benda yg cantik juga.. :D

Peace <3

PS: Sy juga merupakan seorang penggemar fashion dan tak tau la kalau layak digelar fashionista lagi haha.

Bubbye bebeh :D