Thursday, January 20, 2011

Post Tacing

Haha dah lama x post yg tacing tacing ni.. Jadi, ape salahnye kali ni, nak post sesuatu yg tacing tacing pulak? Tapi perlu diingatkan, post ini x berkaitan dgn mana mana individu sama ada yg masih hidup atau yg dah meninggal dunia.. Post ini hanyalah secara umum atau lebih tepat lagi, as in general. Jauh sekali berkaitan pakwes, makwes, in between atau sesiapa yg berkaitan dlm hidup hakuh ;)

Entry kali ni nak cerita ttg benda benda yg sy x berapa berkenan la dlm dunia maya ni, atau lebih tepat lagi dlm Facebook, Myspace, Friendster, Tumblr dan lain-lain lagi social networking sites yg ade :P

Tentang lelaki yg sy x berapa berkenan err perangai dorang dlm dunia siber ni:

1) Yang main Texas Hold'em Poker
Tak tau ape yg bestnya main Poker ni? Mmg cukup x berkenan sangattt -.-" apa-apa je yg ade perkataan 'Poker'. Bagi yg x tau, meh aku tolong bagitaukan, Poker, atau dlm bahasa Melayunye ialah Judi. Salah 1 mainan judi, selain roulette dan daun terup. Kalau kat negeri omputeh, mmg benda benda ni akan melibatkan duit sebagai pertaruhan. Jarang la (atau mmg x de), orang yg main roulette, poker ni setakat saje saje nak main suka suka tanpa melibatkan duit dlm permainan. Walaupun duit plastik/palsu, tapi, still, adalah judi. Tapi kalau daun terup tu, ade jugak la yg setakat suka suka, x melibatkan pa pe unsur judi, pertaruhan atau duit.

Kenapa aku x suka? Sbbnyee, bayangkan la bakal bakal calon calon suami main benda benda ni. Tak mahu la mereka mereka main benda benda camni.. Mintak la dijauhkan. Heee..

2) Yang suka upload gambar-gambar perempuan/ artis-artis perempuan cantik
Hahaha. Ok. Nampak mcm cemburu di situ. Ye, mmg cemburu pun :) tapi bukannye ape, nampak cam mata keranjang ar -.-" I mean, x salah nak suka mana mana artis perempuan kan, tapi bila dah mula upload gambar-gambar dorang dlm Myspace, Facebook, etc, nampak cam terserlah ke-playboy-an di situuu. Itu kalau lelaki-lelaki tersebut masih single.. Tapi, kalau yg dah ade makwe, dah kawen, nampak cam x manis jugak kan kalau buat mcm tu? Ni pada pendapat hakuh la.. Bayangkan la ape perasaan isteri, bile tgk suami dok upload gambar-gambar Katy Perry yg seksi meksi tuh dlm Muka Buku mereka? Seolah olah mcm, okla fine, aku x secantik, mata x sebesar, hidung x semancung artis-artis ni hahaha. Dan jauh sekali berketinggian dan berpakaian 'cantik' seperti mereka. Haha. Okla. Stop.

3) Yang remove benda-benda yang aku post kat wall mereka
Yg ni agak annoying jgk ah. I mean, kamon la kan? Kte duk penat penat fikir lagu yg romantik or lagu-lagu yg memberi makna, post kat wall depa, pastu depa sedap je dok delete video/lagu yg kte post tu. Ni bukan je lelaki, tapi perempuan jgk.. Cam terguris ar hati jeli gua yg x seberapa ni bile dorang wat camtu kan? :'p

Seolah olah ape yg kte post kat wall dorang, cam x dihargai gitewww. Mestila hatiku ini terase bile org delete ape yg aku tulis atau post kat wall dorang. Kalau x nak wall semak, x payah buat Facebook. Atau pun lock wall anda dari dicemari oleh orang lain. Jadi, orang lain hanya akan dpt melihat wall posts yg anda sendiri je yg boleh post di wall sendiri. Ala ala syok sendiri ar camtu. Hahaha.

Tu je la kot yg boleh aku fikirkan buat mase ni? :) Pa pe pun, ku sendiri pun x la perfect sangat :P