Tuesday, October 12, 2010

Geram Dowh!

Okla kali ni post dlm Bahasa Melayu! Haha. Entah la tibe2 rase mcm nk post dlm Bahasa Melayu. Mood rase sedikit swing baru sekejap td.

Apekah? =.=; ade sorang kakak ni, dia nak masuk group assignment kami bg subjek Pengenalan Kewangan kerana hari tu, dia dh bercadang nak drop subjek dan borang drop pun dh dihantar pd pihak SPACE. Tp mungkin pihak SPACE belum terima or something borang dia (sy pun tidak berapa pasti). Oleh hal yg demikian, dia nak masuk group assignment kami. Sy pun x kisah la kalau dia nak masuk kumpulan kami. Akak ni pun ckp yg kalau ade ape2 dia boleh bantu, dia akan bantu. Okla kan kalau mcm tu? Sy pun ckpla yg kumpulan kami nak adakan sesi perbincangan utk compile dan final edit assignment pd hari Ahad ni di Jusco Bukit Tinggi. Tp dia x boleh turut serta sbb dia kata Sabtu ni dia ade kelas Kemahiran Jurulatih dan Sabtu petang kena pergi INSPEN dan Ahad petangnya baru balik. X berapa pasti INSPEN itu utk apa pulak? Tp overall, dia tulis minggu ni ade kelas dan dia x boleh turut serta sesi perbincangan tersebut.

Sy x tau la sama ada dia tau atau x, tp subjek Kemahiran Jurulatih itu sy dh ambil pd beberapa sem lpas. Jadi? motif? INSPEN utk apa plk?

Pagi td dia hantar msg pd sy dan dlm msg tu dia tanye, boleh ke x dia masuk group kami. Sy pun x reply serta merta sbb ade byk kerja td. Dlm 3 atau 4 jam lpas tu baru boleh reply msg dia dan dia kata "x pe la Ana, awk bls lmbt sgt. Akak dh faks borang drop pd SPACE dan dorg da dpt pun". Aihhhh... :P

Haishhh entah la, susah nk ckp mcm mana perangai manusia ni.. Dia x konfiden utk ambil subjek kewangan tu ke? Apa yg sy dpt tahu, pd sem lepas, dia dh ambil subjek kewangan ni tp masa final exam dia x study dan x dpt jwb. Jd subjek tersebut dia x lulus.. Entahla, bila perkara mcm ni berlaku, tanggapan org lain pd diri kita pun akan jd serong. Jd, sendiri mau ingat..