Wednesday, April 7, 2010

Entry Tacing?

Sudah lama rasenye tidak membuat ape ape entry/post untuk blog ini. Rindu nak berblogging dan sebagainye :'p Tapi apakan daya, kesuntukan masa ^^ dengan final exam yang semakin dekat dan assignment yang sangat berlambak hari tu (dah diselesaikan dah.. Alhamdulillah). Ini pun curi curi guna internet lama lama (?) haha. Sebenarnye, kalau kat rumah, tak boleh tengok internet lama lama, jadi tak sempat untuk berblogging. Laman Myspace dan Friendster apatah lagi. Dah tak terkata kerana kemalasan meng-update. Hanya sekadar meng-upload gambar-gambar baru. Hanya Facebook la yang menjadi tatapan setia (takdela setia sangat pun..tapi dalam seminggu ade la dalam 5 atau 6 kali login). Selain itu, soket mata saya terase seperti ingin menghempas keyboard laptop ni ahaha sebab kepala akan menjadi sakit jika pandang skrin komputer/laptop lama lama. Inilah yang berlaku jika kita sudah lama tidak menghadap skrin laptop/komputer. Apa apa pun, mari kita pergi ke tujuan/objektif sebenar entry ini. Sekarang ni saya berada di Shah Alam. Ayah ade kerja sikit untuk diselesaikan di sini sebelum beliau berangkat pergi ke Nepal. Beliau akan pergi ke Nepal atas urusan perniagaan bersama kawannye. Rase agak risau jugak tapi apa boleh buat ho.. :)

Saya sepatutnye mengulangkaji pelajaran kerana final exam dah nak dekat. Urghhh. Dah baca dah sedikit haha. Buku dan nota dibawa sekali bersama tetapi belum dibuka untuk hari ini. Agak berat cabaran semalam dan hari ini. Malas untuk memperkatakan. Saya telah menunjukkan/mempamerkan diri sebenar saya yang salah. Tak tau kenapa saya mudah sangat terase disebalik telefon atau skrin komputer. Walhal, dalam kehidupan sebenar, itu bukan diri saya. Mungkin saya berani bertindak agak spoil kerana saya menyembunyikan diri disebalik skrin-skrin henfon dan komputer? :( Saya pun tidak faham dengan diri saya. Mungkin perkataan-perkataan yang tepat untuk menggambarkan situasi ini adalah, saya seorang yang selfish, childish dan terlalu manja? Sifat manusia, mahu lagi dan lagi, tak pernah puas dengan yang ada. Mari la kte ambil contoh manusia yang berharta. Harta sudah ada, melebihi dari sepatutnya yang ade, cukup untuk makan dan minum tapi masih tidak puas dan terus mencari harta kekayaan dunia.. Kita ambil perumpamaan itu oke..

Sememangnya saya manusia biasa yang tak akan pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Dan setiap saat apabila kita sedar akan kesilapan kita, semestinya kita akan cepat meminta maaf dan berasa serba salah dengan tindak tanduk kita dan meminta maaf sampai orang di sekeliling pun naik rimas dengan soalan-soalan kita yang tah dah berapa kali kita tanye :'p
Sama samalah bermaafan dan aku pun jangan nak tacing tacing sangat. Urghhh.. Aku mintak tolong sangat pada diri aku supaya jangan emo dan sensitif sangat. Kalau aku berterusan dengan sikap emo dan melampau sensitif aku ni, it's not possible yang aku akan hilang orang-orang yang aku sayang :( dalam kehidupan sebenar, aku sebenarnye takde nak tacing tacing ni, tapi kenapa sikap aku berubah di sebalik skrin skrin telefon atau komputer? Mungkin sebab mengada ngada lebih.. Ouh..silalah berubah wahai Nur Anati.. Aku tak nak orang-orang disekeliling salah anggap tentang diri aku. Tadi mase di highway, aku cuba tenangkan perasaan aku dan Alhamdulillah..tenang seketika selepas melihat pokok-pokok dan awan-awan yang membiru dan menghijau ahaha :'p aku rase aku dah jadi seperti popcorn yang meletup letup di cinema tu. Terlalu laju sampai aku hampir hilang identiti diri aku sekali lagi :(