Monday, October 26, 2009

Maniskah Gelaran Kau-Aku?

Internet masih lambat urgh.. :/ Apa yg dimaksudkan lambat? Bila online di library dan di cyber cafe, cepat je internet dorang. Elok je. Broadband kepunyaan sendiri ni je yg bermasalah. Hari tu ayah mention tentang ape tah pasal broadband kitorang yg RM48 punya? dan tu yang lembab gile. Argh, penipu betul arh Maxis Broadband. Promosi internet cepat hanya selama setahun je. Genap setahun, dia kurangkan jumlah Byte yg masuk. Tah, sy pon x paham. Ekekekekek

Facebook x boleh masuk, e-mail lagi la langsung x boleh loading. Facebook pon tengok luck la. Kalau luck baik, page dia berjaya utk loading sepenuhnya. Tapi kalau luck x de, tiba tiba dia show 'Internet Explorer cannot open this site'. Site site lain, jangan harapla. Lagi la x boleh citer. Sekarang ni final exam untuk semester ni dah nak dekat. Exam sy adalah pada 30/10, 1/11 dan 3/11. Slip exam pon belum print lagi. Printer lak buat hal. Dakwat putus putus. Hahaha T.T

Berbalik pada exam, ish! :P ape yg sy buat menulis blog ni? Sepatutnya sy perlu pergi membaca & menghafal nota nota. Oh ye, sy suka melihat salah seorang pelajar perempuan di dalam kelas sy. Nama dia..err x boleh cakap ar! Nanti kalau dia terbaca (mcm la dia tau sy ade blog & nama sy?) atau ade kawan kawan dia terbace ke, habisla sy! Dia tua dari sy. Lahir tahun 1984. Orangnya sangat menarik mata sy untuk memandang. Cantik & menawan. Dia pakai ape pun, nampak cam best je. Namanya pun unik seperti orangnye. Free hair, putih melepak dan sy noticed bahawa dia menggunakan Blackberry. Haha, suka sangat pandang pada beliau semasa di dalam kelas. Dan apabila dia sedar seperti ade org sedang memandangnya, sy pun cepat cepat buat buat tidak pandang hahaha.
Okla, ingin diingatkan disini, sy bukan lesbian atau biseksual ok! Sy hanya suka memandang je sbb beliau sangat cantik :)

Kita masuk pada cerita lain plak. Pernah x korang di sapa dengan panggilan 'kau-aku' oleh orang orang yg korang x kenal? Kalau panggilan 'saya-awak' dengan 'i-u' tu masih boleh diterima lagi. Tapi ni korang x berapa kenal atau lebih tepat lagi, memang x kenal pun dengan mereka, dan tiba tiba korang di sapa dengan panggilan 'kau-aku' :P
Sebenarnya, agak kasar la juga panggilan tu. Bukannye 'agak' lagi, tapi memang kasar pun -,-"
At least kalau x nak atau rase cam geli geleman je nak membahasakan diri 'saya-awak' atau 'i-u', boleh la menggunakan nama sahaja. Contohnya, "Anna rase..bla bla bla". Haa..camtula. Sy sendiri pun boleh bilang dengan sebelah tangan sahaja jumlah orang orang yg sy selesa membahasakan diri sebagai 'kau-aku'. Antara orang yg sy selesa membahasakan diri sebagai 'kau-aku' ialah, Aida Cascada. Atau nama penuhnya, Nur Aida bt Ahmad Tumiren :)
Rakan sekolah sy semenjak dari tingkatan 4!

Erm, kalau orang yg sy kenal, boleh diterima lagi. Tapi kalau x, adalah lebih baik jika anda menggunakan 'saya-awak', 'i-u' ataupun dengan menggunakan nama sahaja :)
Bukankah kita sudah belajar semasa di sekolah rendah, bahawa kata ganti diri 'kau-aku' tu adalah kasar? Hahahaha ;)