Sunday, September 20, 2009

BoringBoringBoring

Rase mcm loser gile sebab time raye raye camni keboringan yang amat sangat. Pastu malam tadi mood tetibe cam geram je arh. Rase cam nak bakar je an ketupat hahahah dah cam ganas lak. Malam tadi mak sedang sibuk mengetatkan ketupat di ruang tamu, yg mana casing ketupat tersebut dah siap dibeli di pasar. Lalu, ayah telah berkata kata kepada sy "Akak belajar la ketat-ketat kan ketupat ni. Tengok macam mana org buat. Nanti senang. Takdela nanti tetiap kali balik umah mak mentua, meleleh air mata, kena marah dengan mak mentua sebab x reti buat kerja kerja macam ni". Rase cam hilang segala mood yang ade dalam diri ini (walaupun mood x de la banyak sangat kahkahkah). Sy sempat berkata dgn nada yg perlahan, "Mak mentua tak sambut raye". Ayah pun berkata lagi, "Akak ingat akak kawen dengan org putih ke? Silap hari bulan, mak mentua ckp "Sy mahu makan ketupat" " (bercakap dgn intonasi pelat omputih). Sy pon malas arh nak berkata ape ape lagi dan terus mengisikan beras dalam casing ketupat tadi.

Lepas je habis buat kerja kerja tersebut, sy pon terus masuk bilik dan sambung pekerjaan yg sy lakukan sebelum 'menganyam' ketupat tadi, iaitu cuba untuk membaca buku. Buku dah bukak depan mata, tapi rase cam x de mood lak nak membaca ape ape. Sy pon terus mencapai henpon dan bermesej-mesej-an dgn kekasih pujaan hati :P

Seriously, sy rase cam jati diri Melayu dlm diri ini kurang =____="
Tanye arh adik sy, Hana. Dia pon sama. Mat saleh celup arh kot? Sejak dari sekolah rendah, markah BI lagi tinggi dari markah BM. Time raye/kahwin atau ziarah menziarah saudara mara, kalau boleh tak nak pakai baju kurung (pakai pun sebab terpaksa), dari kecik sampai la ke besar dengar lagu omputih, tengok kartun/citer sume omputih, kawan-kawan dekat Myspace pon banyak omputih, gosip-gosip artis sume artis omputih, minat lelaki pon minat omputih, tengok movie pon movie omputih dan kalau bukan movie omputih, sub-titlenya kena dalam BI baru la kitorang faham. Tu belum tengok kitorang betul-betul bercakap dalam BI. Memang pengsan dengar sebab sangat berhabuk =____=" Yg kakaknya slang British English dan yg adiknya lak slang American English
Argh
Segala galanya berkaitan dengan Bahasa Inggeris. Bukannye mengada ngada :/ tapi apa boleh buat. Dah memang kitorang dilahirkan jadi camni =____=" Jadi, bersyukur je arh kan? Berlagak ke? X rase pon. Sape yg rase mcm tu, syok sendiri arh weii hahaha :P
Errr -____-"

Ape ape pon, hari ni x gi mana mana. Just do spring cleaning around the house. Memang serius gile bosan arh. Ni yg boleh membuatkan badan yg dah kurus sedikit tu bertambah gemuk semula neyh. Sebab dah x de benda nak buat, jadi, pergi dapur dan makan. Hohahahah. Tetibe rase cam rindu lak dengan Hutan Bandar. Dah lama x jogging ke sana. Hahaha, time org sibuk jogging dulu malas nak pergi. Bila dah x pergi ni rase rindu rinduan lak. Hahahah