Saturday, August 8, 2009

A Walk At Danga Bay At Night

It's 2.04 a.m now and my sweetheart already fast asleep. Urgh, I wish I could join dia dlm dream land. Biasenye sy dah tido waktu camni :/
Baru balik dari Danga Bay tadi dan baru juga meng-upload gambar-gambar yg diambil kat sana. Haha, serius, x tau pon ade International Orchid and Bonsai Exhibition kat Danga Bay tu. Dan serius, sy rase gambar-gambar yg diambil td tidaklah ok sangat. Biase-biase je.. dan tidak begitu terang. Harap-harap suatu hari nanti dpt beli camera yg besar gedabak tu. Rasenye nama camera tu Canon D06 kowt? Dan harganya juga boleh buat dompet berlubang, haha

Mlm ni dimulakan dgn kitorang keluar lbih kurang lepas 8.30 mlm. Ayah suro kitorg tunggu dlm kereta sbb dia nak spray ubat nyamuk dlm rumah. Mak kata, tetiap kali spray mcm tu, mmg abis 1 botol aerosol tu O.O dan balik dari Danga Bay td, mmg agak berminyak jugak la lantai rumah!
Serius x tau nak berjalan ke mana. Tetibe ayah suro bersiap. Then, last2 baru tau yg kitorg nak berjalan ke Danga Bay. Pengambilan gambar yg amat tidak dirancang.

Okla, memula kitorg pergi berjalan ke tempat2 org berjual jual tu. Mcm2 la dorg jual, baju, lampu suluh dan sbgnya. Then lpas tu minum kat Restoran Periuk Belanga kat Danga Bay tu. Sy dan adik meng-order rootbeer float, ayah pula ABC Special, dan mak lak, Cikong sejuk. Lpas minum, pergi ke Danga Bay Convention Centre tu (dulunya medan selera). Mmg x sangka lak ade exhibition orkid dan bonsai kat sana. Mmg shangat chantek bunga-bunganya..haha. Suhu dlm convention centre tu pon boleh tahan gak la sejuknye. Kalau kat Malaysia ni sejuk camtu, mmg best gile arh!

Kitorang pon start la amik gambar. Kitorg guna camera phone ayah sbb camera phone dia lebih canggih dari camera phone shaye! Memula masuk dlm convention centre, sy dan Nani ternampak agak ramai org mengerumuni 1 sudut di exhibition tu. Rupa-rupanye kat situ ade cermin yg sangat terang hahaha. Huhu sy dan Nani pon ape lagi, kitorg dah aim akan pergi ke tempat cermin tu nanti utk berposing! Lol :p
Dan yep, kitorg singgah ke tempat cermin tu utk mengambil gmbr yg x bley bla, semasa nak balik td..

...............................................................................
PART PALING TIDAK DISUKAI SEMASA EXHIBITION TU
Urgh! Kenape? Kenape? Kenape? dan kenape sy harus terserempak dgn mamat psycho tuh?? Okla, nak dijadikan citer, sedang sy dan Nani tgh syok nak amik gmbr dekat showcase bunga dari Philippines, tetibe mata sy terpandang dan ternampak akan 1 muka yg sgt familliar. Dan..sy rase dia mmg dah perhatikan sy sejak dari td lg, cuma sy je x perasan yg dia ade kat situ! Nak tau sape? Dia lah merupakan seorg kipas susah mati sy (dgn nada perasan). Hahaha x de la! Kipas susah mati??? Ntah la! Kena tanye dia la?? Dan sy pon x kuasa nak bertegur sapa, apakan lg melihat mukanya!
Dia adalah seorg manusia yg menghantar SMS SMS ugutan kpd sy semasa sy berada di Tingkatan 6 Atas, mencaci dan mengutuk sy, menggelar sy dgn bermcm hinaan. Sy masih simpan lagi SMS SMS nya dlm henpon lama sy. Antara SMS hinaannya kpd sy ialah "Ko igt ko cantik sgt ke? Badan mcm tong taik". Yep, mmg sgt sedih bile teringat mase tingkatan 6 atas dulu..Mcm2 hal. Satu-satunya yg sy beritahu ttg 1001 mslh sy pd masa tu ialah kwn akrab sy pd masa tu, Najimun Nisah :(
Mesti anda tertanya, kenape mamat tu sanggup anta SMS2 sedemikian rupa. Utk pengetahuan anda, dia dulu merupakan best friend kpd ex-boyfriend sy di tingkatan 6. Mamat tu 1 kelas dgn sy masa form 6 dulu. Biarla sy namakan dia H sahaja. Malas nak mengaibkan org walaupun org dah mengaibkan/memfitnah kte.. Waktu kitorg Tingkatan 6 Rendah, sy rase kitorg ok je. Siap bekerjasama utk menjayakan jamuan PERTINA 2006. Tp, pd akhir tahun 2006, sy berkapel dgn N. N ni member baik dgn H. Semenjak H tau sy kapel dgn N, H terus x bertegur sapa sgt dgn sy. Sy pon x berapa kisah. Buat biase je la kan?
Anyway, sy dgn N break up pd awal tahun 2007. Pastu, x lama lpas tu, ade 1 nombor ni mengacau ngacau nombor henpon sy pd mase tu. Pd mase tu sy x tau sape gerangan pemilik nombor yg mengacau nombor henpon sy tu. Mmg teruk gile lah. Sy x tau ape salah sy smpai dia maki2 dan hina2 sy smpai mcm tu skali. Dia siap mengugut utk cederakan sy dan dia kata nak pecahkan muka sy (??). Sy pon bknye org yg hanye berdiam diri je. Dah org mengata, kte balaslah mengata semula
Pertengahan tahun 2008, sy dan ex bf sy, si N tu berbaik semula. Kwn sy, Najimun Nisah, bitaw sy yg si N tu siap tanye nombor telefon sy pd dia. Sy pon agak bongok pd mase tu dan bgla peluang N utk berkwn semula. Pastu, dari situ la si N buka segala cerita ttg H menghantar SMS SMS pd sy. N kata dia x tau ape yg H mesej pd sy. Dia kata dia cuma tau yg H bermesej dgn sy pd masa tu. Tp sy rase dia tipu, sbb sy belajar gerak/tingkah laku manusia dan bagaimana utk detect kalau org menipu..Dan si N ni mmg dgn rasminya berkata yg anta SMS SMS gile tu ialah si H
X lama lpas tu, sy dan keluarga pergi mkn tgh hari di sebuah restoran tempat H bekerja. X sangka lak, dia yg akan amik order kitorg. Dan dari riak muka H, dia cam terkejut bile tgk sy pd mase tu. Dan dia juga cam nak tunjuk friendly dgn parents sy pd mase tu. Terkejut sbb ape? Ntah la, mungkin sy kelihatan seperti budak skema/nerd di sekolah dulu dan dia x sangka yg sy ni x kelihatan skema/nerd di luar?
Selepas mkn tgh hari di restoran tu, beberapa hari kemudian, henpon mak sy di kacau oleh 1 nombor yg x dikenali. Tgh2 mlm buta, pukul 2 pagi, henpon mak sy berdering dan di datangi SMS2 spt "Hi, boleh berkenalan?" dan "Hi, Anati, awk buat ape tu?". Smmgnya pd tahun 2008, sy lom start pengajian ke IPT. Jd, tetiap mlm jd burung hantu stay smpai lewat pagi menghadap laptop. Parents sy pon ape lg, curiga la. Dorg siap tanye, "Akak berchatting dgn sape tu? Akak bg nombor mak pd siapa?". Bak kata pepatah, berani kerana benar, takut kerana salah. Jd, sy kata sy x berchatting dgn sape2 pon dan sy tanye kenape? Mak sy kata, ade org asyik call, nak berckp dgn sy. Last2, nak tau pe jd? Ayah sy call number anoynomous tu melalui henpon beliau dan ade sorg laki angkat. Ayah tanye sape dan mamat tu beritahu nama penuh H dan ayah sy bg warning baek punya pd mamat tu supaya jgn kacau2 number isteri dia. Tak tau la ape yg ayah sy ckp tp mmg lpas dari tu, x de lagi org kacau2 number mak sy.
Baru-baru ni, ade org kacau number henpon sy yg skarang ni pula.. Tp skang dah lama dah x kacau. Sy pon ignore je ape2 SMS atau call dari number tu. Malas nak layan. Antara SMS yg dihantar number yg x dikenali tu ialah, "Hi, boleh berkenalan?", "Owh..ko skang dah sombong.Anati, ni aku la, H****", "Anati, ko dah ade kapel?", "Anati, aku rindu la kat ko.Jom teman aku gi Jusco nak?", "Anati, jom lepak rumah aku", "Anati, aku serius ni, jomla jumpa". Honestly, sy rase cam nak tampor je muka dia. What does he think I am? Some cheapskate? Perempuan murahan? Begitu senang ajak perempuan lepak rumah dia? Gile ke ape? Sy dgr, semua number perempuan yg dia ade, dia akan kacau number numbernya. Mcm mana dia tau number sy? Pdhal yg tau number sy skang ni ialah, kwn perempuan yg sy percayai sahaja, dan boleh dibilang dgn 1 tangan sahaja. Kwn sy, Najimun Nisah ade memberitahu sy bahawa beliau menerima 1 SMS dari nombor yg tidak dikenali bertanyakan number henpon sy. Dlm SMS tu, dia kata dia ialah Aisyah (classmate wktu form 6 dulu). Jd, Najimun Nisah dgn tanpa rasa was-was memberi number henpon sy. Lgpun wktu tu tgh sibuk ttg rancangan utk wat reunion form 6, jd Najimun Nisah ingatkan mungkin ianya psl hal reunion.
Jd, skarang nasib baik la dah takde ape2 gangguan di nombor henpon sy. Dan camtu la kisahnya.. panjang betul dan sgt lenguh menaip..urgh :/