Monday, August 24, 2009

The Scope Of My Studies

Hello there

Today I'd like to blog about the scope of my studies. Many people don't know much about it and I didn't know anything about it (at all) either, until I've became one of the student in this program. Now, what is the program am I talking about? Well, it's called SPACE or in full words, it is School Of Professional and Continuing Education. It is 100% under government and not a private organization. 100% kerajaaan, under IPTA dan bukanlah program pengajian swasta atau kolej swasta. SPACE is under Universiti Teknologi Malaysia or in short form, UTM. Terdapat banyak pengajian separuh masa yg dilakukan oleh IPTA di Malaysia, contohnya seperti di UKM dan UiTM. Seperti UiTM, UiTM juga mempunyai pengajian separuh masa. Tetapi, pengajian separuh masa UiTM dijalankan pada setiap hari di waktu malam.

Latarbelakang / info
-SPACE ditubuhkan utk golongan berkerjaya (iaitu mereka yg sudah bekerja) yg masih berminat utk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.
-Kebanyakan pelajar SPACE ialah pemegang diploma (tapi ade juga pemegang STPM. Cthnye, sy)
-Bagi mereka yg belum bekerja, tetapi berhasrat utk bekerja tetapi dlm masa yg sama, ingin meneruskan pelajaran, pon bleh apply
-Bagi mereka yg dah berkahwin dan ingin meneruskan pelajaran, pon bleh apply
-Sesi perkuliahan (kelas) hanya diadakan pada hujung minggu sahaja (Sabtu & Ahad)
-Kredit maksimum yg boleh diambil bagi semester lazim ialah, 12 kredit, iaitu bersamaan dgn 4 subjek ( maksudnya, 1 subjek = 3 kredit). Tapi itu yg ditulis dalam buku panduan la.. Kalau nak ambil 4 subjek, kena minta kebenaran dgn dekan dan result exam sebelumnya mestilah 3.00 pointer ke atas. Biasanye sy hanya ambil 3 subjek.
-Tempoh minimum pembelajaran bagi ijazah melalui SPACE ialah 5 tahun (Kalau pelajar arus perdana, 3 atau 4 tahun je). Manakala, tempoh maksimumnya ialah 12 tahun (kalau dia amik hanya 1 subjek setiap semester, mmg gerenti 12 tahun rasenye) O_O
-SPACE mempunyai cawangan di seluruh Malaysia, termasuk di Sarawak

Program Yang Ditawarkan
Program yang ditawarkan untuk SPACE UTM sama seperti program yg ditawarkan utk pelajar arus perdana. Ada program ijazah dan diploma. Antara program ijazah ialah, engineering, human resource, pengurusan teknologi dan sebagainya. Bagi diploma pula, setakat ini, yg sy tau ialah hanya Diploma Pendidikan Islam yg ditawarkan untuk pelajar SPACE (?) Kebanyakan yg mengambil diploma Pendidikan Islam ialah guru-guru. Tapi, kalau nak tau info lebih lanjut, silalah layari laman web http://www.spaceutm.edu.my/

Yuran
Dari segi yuran, bayarannya lebih sedikit dari pelajar arus perdana. Tapi..kalau tengok betul-betul, sebenarnya, lebih kurang sama je.. Kenapa sy ckp camtu? Sbb, kalau tengok betul-betul, pelajar arus perdana membelanjakan bayaran utk asrama, yuran persatuan, makan-minum, belanja, shopping dan lain-lain. Jadi, kalau total up semua perbelanjaan bagi seorang pelajar arus perdana, lebih kurang sama je dgn bayaran utk pelajar SPACE..

Apa yg diambil oleh sy?
Sy memulakan pengajian pada tahun 2008, bulan Disember. Jadi dalam kad matrik, ditulis HRD01. 'D' itu merujuk kemasukan pada bulan Disember. 'HR' pula Human Resource. '01' pula mewakili kod pusat pengajian sy, iaitu Johor. Sy mengambil Bachelor Of Science in Human Resource. Atau dlm bahasa Melayunya, Ijazah Sains: Pembangunan Sumber Manusia.

Okla, nanti akan di updatekan lagi :)