Wednesday, August 26, 2009

Program Kurus Sempena Ramadhan

Tak tau nak tulis ape hari ni (?) Writers block kali.. Program tahun ni ialah, program untuk mengurangkan lemak-lemak yg comel (hahahaha?) di badan sy. Cet! sama macam azam tahun lepas. Tahun lepas, setelah 2 bulan melakukan aktiviti aerobik selama 5 kali seminggu, telah menampakkan hasil sedikit. Dan selepas tu...tidak diketahui..kahkahkah. Actually takde la gemuk mana pon. Tapi disebabkan ketinggian sy yg agak tinggi berbanding purata wanita Asia yg kebanyakannya berketinggian 158cm, menampakkan sy nampak mcm gemuk gile (?). Ditambah lagi dengan genetik saya yg Asia la sangat..lagi la manambahkan huru hara keadaan. Anda pernah melihat Diana Danielle selepas pulang dari PLKN? Kalau ya, itulah lebih kurang gambaran 'kegemukan' sy. Jangan salah anggap, sy sangat menyukai Diana Danielle okeyh! :)

Beberapa bulan yg lepas, sy telah menonton 1 rancangan masakan di TV bersama mak sy di ruang tamu. Dalam rancangan masakan tu, ade Serina Redzuawan (anak Chef Wan). Sy pun bertanya "Mak, Serina tu gemuk ke?". Mak sy pon kata "Macam kau lah!". Ops! Sy sangat bangga apabila beliau berkata begitu! Serius ok! Jd sy x de la gemuk mana kan? kan?? (dengan nada penuh harapan)

Okla, ape yg sy merepek ni?? Dari sy terus menulis ape ape yg merepek lagi, lebih baik sy berhenti menulis setakat ini dulu.. Trudududud adios! :)