Saturday, August 15, 2009

Hari ni bangun pada awal pagi.. Memang awal, dlm kul 6.57 a.m tetibe tersedar dari tidur apabila mendengar bunyi handphone bergegar. X de bunyi, cuma sy set on vibrate je.. Buzz buzz dan terus tersedar kehkehkeh :) Abg sygku di Sarawak mesej good morning

Lepas bangun, terus x tido tido. Tp bila dah tgh hari sikit, catnap kejap. Pastu petang tu catnap lagi. Hahaha. Abg sygku di Sarawak ade Team Building Camp dan hari Ahad baru dia balik semula ke Kuching. Woo rindukah? Yerr T.T
Hari ni x berapa bersemangat di sebelah petang sbb ayah kata nak jumpa kwn dia jd kitorg x boleh kuar gi mana mana lah smpai lah lepas Isyak.. Lpas Isyak kitorg bersiap siap untuk keluar..Arah tuju? Ke KFC Taman Daya. Hahaha. Adik mengidam nak makan KFC. Aku pon sama mengidam nak mkn KFC. Dah lama dah nak mkn. Tp mungkin x berapa best sbb minda ni asyik teringat kpd Mr.Gordon. Dan sekarang ni tengah tengok gambar-gambar dia semasa muda. OH TIDAKKKKKK!!!!!! Semakin angau aku.....Angau ni semakin bertambah, hahahaha. But I loike!

Okla, berbalik pada cerita td, lpas mkn KFC, kitorg singgah lak kat restoran lain..Mak x makan KFC. Kat restoran tu mak dan ayah order mihun tom yam. Adik lak order sup daging. Sy lak, hanya order teh ais. Konon-kononnye dah kenyang mkn KFC td, tp bile sup daging yg di order adik sy tu smpai, sy pon terus terliur utk merasa sup daging tu! Masa mak sy nak byr kat kaunter, org restoran tu berkata pd mak sy "Lame doh x nampok akak". Yerr, kami pelanggan setia restoran tu kehkehkeh..
Lpas mkn, terus balik rumah. Pastu ayah sy lak keluar semula utk bertemu dgn rakannya. Sekarang sy duduk menghadap laptop dan terasa rajin utk post blog utk hari ni. Selain tu juga, sy tgh mencari layout baru utk Myspace sy

Okla, dah malas nak menaip.. Sambung esok :)